PEMINAT MOBILE LEGENDS, TODAK TAWAR KURSUS PERCUMA

Adakah anda seorang pengikut Mobile Legends? mencari kemahiran yang lebih pro untuk mengetahui selok-belok dalam permainan Mobile Legends! Kini Todak menawarkan kursus percuma secara dalam talian yang dapat dimanfaatkan oleh semua pemula atau amatur pemainan terkenal Mobile Legends.



Nama Todak merupakan satu nama yang bukan asing lagi dalam penglibatan dalam dunia E-Sukan di Malaysia. Setelah bertapak di dalam industri selama 3 tahun, Todak telahpun melibatkan diri secara aktif dalam perkembangan E-Sukan di Malaysia.


Terutamanya dalam kejayaan pasukan “Todak Mobile Legends: Bang Bang” yang telah berjaya merangkul tempat ketiga di kejohanan dunia M1 pada tahun 2019. Jadi untuk meneruskan legasi dan penaklukan Todak di dalam arena permainan Mobile Legends: Bang Bang, Todak telah melancarkan satu kursus di atas talian mengenai perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemain permainan tersebut yang ingin menjadi seorang pemain professional secara percuma di mana setiap yang berminat hanya perlu mendaftar dan 30 modul akan dapat ditonton oleh semua.


Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang merupakan panduan yang lengkap bagi setiap pemain baru ataupun sedia ada yang ingin memahami asas permainan tersebut dengan lebih mendalam. Kursus ini akan diajar sendiri oleh para pemain Todak Mobile Legends yang bakal bertanding di Kejohanan Dunia M2 di Singapura pada Januari tahun hadapan. Selain itu, setiap perincian di dalam permainan ini akan diterangkan secara teliti oleh setiap pemain yang mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri. Selain daripada itu, ini merupakan salah satu platform bagi setiap pemain Todak untuk berkongsi ilmu secara terus dengan komuniti Mobile Legends: Bang Bang.




“Kursus ini diberikan secara percuma kerana kami ingin menjemput lebih ramai lagi pemain-pemain di luar sana untuk bermain secara professional. Hal ini kerana, dengan wujudnya lebih ramai pemain yang mungkin mempunyai bakat yang terpendam, arena E-sukan bagi Mobile Legends: Bang Bang secara khususnya akan menjadi lebih meriah”. Kata Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak, Radzi Rahman atau lebih dikenali sebagai Ikuto.


Dapatkan maklumat lanjut di laman sosial Todak seperti berikut:


Facebook: @todakofficial

Instagram: @todakofficial

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black