RAIKAN SEMANGAT BERKONGSI RASA DI THE PEARL KUALA LUMPUR RAMADAN INI


Hotel The Pearl Kuala Lumpur turut sama meraikan kemeriahan Ramadan tahun ini dengan sajian bufet Ramadan yan bertemakan 'Sajian Warisan Nusantara' bermula dari 15 April hingga 9 Mei 2021. Pengunjung yang hadir berbuka puasa di The Pearl bakal menikmati lebih dari 100 jenis sajian hidangan selain menu tradisional nusantara yang menjadi fokus untuk tahun ini.


Hotel The Pearl Kuala Lumpur mengalu-alukan para tetamunya untuk berkongsi majlis berbuka puasa dengan orang tersayang di suasana norma baharu yang santai serta mesra keluarga di Dewan Phoenix yang luas bermula dari jam 5.30 petang sehingga 10 malam. Terletak di lokasi strategik antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, The Pearl Kuala Lumpur adalah hotel kelas perniagaan ikonik bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama, menawarkan 555 bilik tamu yang selesa yang moden dan kontemporari.


Dari bermula waktu berbuka puasa, para tetamu boleh menikmati pelbagai makanan istimewa tradisional Melayu dengan lebih dari 100 menu yang pasti membuka selera, di antara gerai dan menu adalah:


PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN

Rojak dan Pasembur (Campuran Timun, Jambu Batu, Sengkuang, Mangga Muda, Buah Nenas, Betik Muda, Jambu Air, Taugeh, Tempe, Tauhu, Biji Bijan, Pes Kacang Tanah, Sos Udang Pedas dan Kacang Tanah Goreng.


STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN


Aneka juadah istimewa ulam-ulaman tradisi Melayu seperti Jering, Kacang Botol, Kacang Panjang, Ulam Raja. Daun Selom, Kobis, Timun, Lobak Merah, Pucuk Gajus, Tomato bersama pilihan Ikan Masin Gelama, Sepat dan Ikan Talang.


HIDANGAN UTAMA HARIAN


Terdapat 9 jenis hidangan utama yang akan digilirkan setiap hari seperti seleksi Nasi Kukus, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Ikan Selar, Ayam Taucu Pedas, Pajeri Nenas, Sambal Sotong, Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi, Kurma Telur, Tauhu Masak Lemak Putih dan banyak lagi.


STESEN ANEKA SUP, GERAI GULAI KAWAH DAN MEE


Pada penggemar menu hidangan sup dan gulai kawah, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Sup Ayam Berempah, Sup Cendawan Berkrim , Sup Asparagus Berkrim, Sup Bebola Ikan, Sup Gear Box serta pilihan Gulai Kawah Kambing atau Daging. Turut disediakan aneka hidangan mee dengan pelbagai aneka sup serta kondimen tambahan.


JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT & 'SHELL OUT'


Seperti tahun-tahun sebelumnya The Pearl Kuala Lumpur tetap menyediakan menu wajib yang menjadi tarikan seperti Kambing Golek, Ayam Golek dan Ikan Bakar dengan pelbagai pilihan sos. Selain itu hidangan makanan laut berkonsepkan lambak 'Shell Out' bersama sayur campuran dicampur dengan pedas masam yang pasti membuka selera. Disamping itu turut disediakan pilihan pelbagai sosej dengan pilihan sos seperti Sos Mustard, Jeruk Gherkins, Jalapeno, BBQ, Cili dan Tomato