RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA SHOPEE 2.2 JUALAN TAHUN BARU CINA



Perayaan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini mungkin agak berbeza, tetapi Shopee dan Duta Jenamanya ANIU menjemput anda untuk meraikan “A Niu Year” bersama mereka sempena 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang sedang berlangsung hingga 13 Februari.


Jualan pada tahun ini amat menarik dengan tawaran berharga hanya 8 sen, baucar pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan pelbagai hiburan yang akan membawa keseronokan ketika anda membeli-belah dengan selamat dari rumah. Inilah perkara-perkara yang anda perlu ketahui mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina:



Group Buy: Kerjasama merupakan aspek penting bagi ciri ini kerana anda boleh membeli barangan terpilih dengan potongan harga yang lebih hebat, tetapi hanya jika membeli secara berkumpulan. Diadakan setiap hari, Group Buy membolehkan anda memulakan kumpulan anda sendiri bersama rakan-rakan dan ahli keluarga atau menyertai kumpulan yang sedia ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah. Pada 2 Februari, nantikan Royal Bird's Nest, CNY 100 Plus, Coca-Cola, Signature Market Lucky Blessings CNY Gift Box dan banyak lagi. Kumpulkan geng anda agar tidak terlepas tawaran yang menakjubkan ini.


Kotak Bertuah Shopee: Nikmati hiburan setiap hari dengan rancangan permainan secara langsung yang memberi ganjaran kepada penonton bertuah dengan hadiah wang tunai bernilai RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888 dan hadiah utama sebanyak RM8,888. Dapatkan kod unik dari portal dalam aplikasi Kotak Bertuah Shopee di laman utama Shopee untuk menyertai permainan ini sebelum menonton Shopee Live pada jam 10 malam. Sesi tambahan pula akan diadakan pada 2 Februari pada jam 1 tengah hari.



YES Kasi Up, Belanja & Menang!: Kerjasama antara Shopee dan YTL Communications untuk inisiatif YES Kasi UP ini menawarkan peluang kepada pengguna untuk memenangi YES Altitude 3 atau Samsung S20 dengan data YES 10GB percuma. Dengan perbelanjaan minimum RM28 dari sekarang hingga 12 Februari, anda dapat menuntut Tiket Emas untuk berpeluang memenangi hadiah ini. Tontoni Shopee Live pada jam 8 malam setiap hari untuk menyaksikan jika anda merupakan penonton bertuah kami! YES lah!


Hadiah Shopee: Perlu rehat seketika daripada membeli-belah? Ingin mengumpul lebih banyak syiling untuk berjimat ketika berbelanja di Shopee? Anda boleh bermain Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Candy, Spin & Win dan banyak lagi untuk memenangi sebahagian daripada Syiling Shopee berjumlah sebanyak 18,888,888.


Ho Chiak: Selesai membeli sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, atau ikan di Shopee, namun anda tidak ingin memasak? Pilihlah daripada baucar-baucar makanan yang anda boleh dapatkan di Shopee ini dan tebus dari restoran untuk dibawa pulang ke rumah untuk dinikmati bersama keluarga:


  • Coca-Cola membawakan SO HUAT DEALS dari RM1.88 di Kenny Rogers, Marrybrown, Dunkin Donuts, Oldtown, Texas Chicken dan banyak lagi.

  • Raikan tahun baru bersama Fortune Treasure Pot oleh Din Tai Fung, Smoked Salmon Yu Sang, Fortune Reunion Bundle deals dan Baucar Hadiah RM50. Bayar dengan Kad Kredit HSBC untuk mendapatkan potongan harga hingga RM118 untuk produk terpilih.

  • Beli baucar Nando's Chicken Platter for 4 dan jimat RM32.50 bagi pesanan dibawa pulang yang seterusnya.

  • Jadilah yang pertama untuk mencuba minuman eksklusif Tahun Baru Cina The Coffee Bean & Tea Leaf x Shopee - Cafe Jaffa Orange Chocolate dan Jaffa Orange Chocolate Cold Brew Latte. Berharga RM18.50, dapatkannya pada hanya RM13.80 dari sekarang hingga 13 Februari. Pada 27 & 30 Januari serta 1, 2 & 8 Februari, dapatkannya pada harga RM8.80 sahaja.

  • Jadilah antara yang terawal untuk mencuba perisa sundae eksklusif CNY FamilyMart apabila anda membeli baucar di Shopee pada hanya RM2.28 pada 2 dan 8 Februari (RM3.88 di FamilyMart). Penebusan bermula dari 3 Februari di mana-mana cawangan FamilyMart. Sementara stok masih ada.



Tawaran Barangan Elektronik: Ingin menaik taraf gajet, peralatan elektronik atau perkakas dapur anda? Antara tawaran hebat yang tidak patut dilepaskan pada 2 Februari, jam 12 tengah malam bagi barangan elektronik semasa musim perayaan Tahun Baru Cina ini termasuklah:



Diskaun hingga 80%: Nikmati penjimatan yang lebih besar bagi barangan kegemaran anda dengan potongan harga hingga 80% apabila anda membeli-belah dari L'Oreal, P&G, Enfagrow, Pediasure, Friso, Her Jewellery, Tefal, Unilever, Photobook, Dr Cardin, Somebymi, Vinda, Skechers, Nestlé, Philips, realme, Nam Heong, Black Whale dan banyak lagi.


Gayakan rambut anda selepas PKP 2.0 ini dengan Schwarzkopf Professional yang menawarkan potongan harga hingga 50% untuk rawatan rambut serta potongan, pembersihan dan pengeringan rambut di salun rambut yang mengambil bahagian termasuk A Cut Above, Monsoon-id dan banyak lagi. Promosi ini berlangsung hingga 13 Februari, dengan tempoh penebusan dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2021.


Jangan lupa untuk menambah nilai ShopeePay anda untuk pembayaran yang lebih pantas dan lancar pada 2 Februari. Bukan itu sahaja, anda berpeluang memenangi hingga 22,222 Syiling Shopee dalam Cabutan Bertuah 2.2 ShopeePay bagi setiap tambah nilai minimum RM50 dalam dompet ShopeePay anda.


Kini tiba masanya untuk anda berhibur dengan keriangan Tahun Baru Cina daripada Shopee dan ANIU melalui lagu popularnya, “对面的女孩看过来” (Buat gadis di sana, pandanglah ke sini) - https://www.youtube.com/watch?v=kroC69fi5vw&ab_channel=SHOPEEMalaysia


Layari https://shopee.com.my/m/chinese-new-year-sale untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina!

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.