RESTORAN REBUNG ANJUR BAZAR RAMADHAN, BUFFET BERTEMAKAN 'SENTUHAN WARISAN DATO CHEF ISMAIL'



Bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk berbuka puasa dalam norma baharu akibat pandemik Covid-19 yang bermula sejak awal tahun lalu telah membuat pemilik Restoran Rebung yang begitu ikonik dengan menu hidangan tradisional melayu, Dato Chef Ismail dan pasukannya mencari kelainan bagi memastikan kesinambungan tradisi itu berjalan, maka timbul idea untuk mengadakan 'bazar ramadhan' di restoran tersebut pada Ramadhan tahun ini.




Menurut Dato Chef Ismail 'bazar ramadhan' Restoran Rebung akan mula beroprasi pada awal Ramadhan nanti dan dibuka mulai jam 3 - 6 petang dibahagian anjung belakang restoran tersebut yang menempat sejumlah kiosk kiosk jualan. Item - item jualan pula terdiri daripada juadah berbuka puasa yang disediakan untuk hidangan 'buffet' buat pelanggan yang memilih untuk berbuka puasa di Restoran Rebung.


"Pengunjung yang tidak hadir untuk berbuka secara buffet boleh datang lebih awal dan membeli hidangan berbuka dalam kuantiti yang lebih kecil mengikut keinginan mereka seperti murtabak sekeping, beli lauk pauk dalam kuantiti sepotong dua, beli air minuman bungkus, sama seperti di bazar ramadhan diluar sana. Bazar kami akan tutup pukul 6 untuk persediaan buka puasa secara buffet. Itu keunikan yang kami tonjolkan untuk ramadhan kali ini," jelas Dato Chef Ismail.


Dalam perkembangan yang sama, Restoran Rebung turut melancarkan Buffet Ramadhan 2021, dengan membawakan tema "Sentuhan Warisan Dato Chef Ismail".


Menurut Dato Chef Ismail untuk Ramadhan 2021, Restoran Rebung akan menyediakan lebih daripada 90 jenis menu makanan sebagai juadah berbuka puasa bermula dari makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah pencuci mulut (dessert). Restoran Rebung masih mengekalkan sajian utama (signatur) seperti Daging Salai masak Lemak Cili Api, Ikan Patin masak Tempoyak, Ikan Pari masak Asam Pedas dan banyak lagi menu sajian klasik.


"Saya masih lagi mengekalkan menu sajian melayu asli klasik untuk buffet Ramadhan kali ini seperti Nasi Kerabu, Nasi Ulam, Bubur Lambok, Air Jando Pulang, Sirap Ais Krim Soda dan lain-lain dengan harapan ia dapat diketengahkan kepada generasi anak muda supaya mereka tahu dan faham bagaimana rupa dan rasa masakan itu,' tambah Dato Chef Ismail.


Pakej Buffet Ramadhan Restoran Rebung akan berlansung disepanjang bulan Ramadhan bermula dari 13 April hingga 11 May 2021. Harga pakej bermula dari RM 84.80 (bersih) untuk dewasa dan RM 53.00 (bersih) untuk kanak-kanak berumur dari 5 hingga 11 tahun. Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-2276 3355 atau 03-22762525.


Restoran Rebung juga tidak mahu ketinggalan dengan trend teknologi terkini apabila mengaplikasikan sistem pesanan makanan secara atas talian menerusi perkhidmatan Foodpanda sejak awal Januari tahun ini. Selain itu pada 1 Mac yang lalu Restoran Rebung juga telah memperkenalkan lima produk baru 'Ready-2-Eat Series", seperti Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan dan Sambal Tempoyak. Kesemua produk ini boleh didapati di Restoran Rebung dan di platform Shopee.



Follow Us