SABUN TOYYIB JADI PELOPOR SABUN BASUHAN BERSTATUS HALAL PERTAMA DENGAN SEBATIAN WANGIAN ASLI



Menjadi produk pelopor dan pertama menggunakan teknologi ENCAP (teknologi mengekalkan wangian) di Malaysia, Sabun Toyyib mahu terus meneroka pasaran meluas. Syarikat yang menggeluarkan siri produk pencuci ini sudah setahun beroperasi dengan lima variasi termasuk sabun pencuci pakaian dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga berstatus Halal.


Pengarah Syarikat Norshahila Mohd Noor berkata, sebagai syarikat milik penuh bumiputera, produk Sabun Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri dengan empat fungsinya iaitu pembersih, pelembut, pewangi dan antibakteria.


"Kami bangga kerana produk kami memenuhi kriteria berish dan suci untuk pengguna serta memberikan kesan terbaik," katanya.


Norshahila berkata Sabun Toyyib turut berbesar hati dengan mendapat sokongan rakan artis seperti Ezlynn dalam usaha meluaskan pasaran produk itu. Beliau percaya jalinan dengan rakan artis mampu memperkenalkan lagi produk syarikat itu kepada lebih ramai rakyat Malaysia.


Ezlyn yang tampil dengan imej berhijab juga mengakui seronok dengan produk seperti ini kerana memberikan keyakinan kepada pengguna.


"Saya percaya kita pastinya mahukan produk yang terbaik untuk kita dan gunakan tanpa was-was," katanya.



Sabun Toyyib di hasilkan daripada bahan-bahan berkualiti serta disebatikan dengan haruman pewangi asli serta bebas dari sebarang campuran lemak haiwan. Ia juga berfungsi sebagai 3 dalam 1, iaitu Pembersih, Pewangi dan Pelembut. Hasil dari pengalaman serta R&D lebih dari 10 tahun, Sabun Toyyib dihasilkan dengan formula ENCAP terbaru dengan elemen anti-bakteria bagi memastikan pakaian yang dibasuh bersih lagi suci dengan 5 kali lebih wangi berbanding produk sedia ada dipasaran.


Selain dari itu, penggunaan kerap Sabun Toyyib tidak akan melunturkan warna pakaian sebaliknya membantu memelihara fabrik serta mengekalkan warna pakaian. Dengan teknologi yang dipertingkat, pakaian yang dibasuh dengan menggunakan Sabun Toyyib bukan sahaja sesuai untuk jemuran dibawah matahari, tetapi juga sesuai untuk jemuran dalam rumah kerana ia tidak akan menyebabkan pakaian berkulapuk dan berbau hapak.


Di hasilkan dalam 3 pilihan wangian seperti Luxury Fresh, Luxury Passion dan Luxury Rose, Sabun Toyyib boleh didapati dalam varian 4kg dan 10kg.


Sabun Toyyib juga turut membuka peluang perniagaan dan mempunyai lebih 3,000 orang Master Stokis, Stokis, Master Ejen dan Ejen di Seluruh Malaysia. Selain pencuci pakaian, Sabun Toyyib turut mempunyai produk lain seperti Dishwash Lemon, Hand Wash, Hand Sanitizer dan Multipurpose Spray. Orang ramai yang berminat, boleh melayari laman sesawang www.toyyib.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut.