SAKSIKAN BUAL BICARA TERBARU ‘BALLZ TALK’ DI SALURAN YOUTUBE

Bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel untuk kandungan kreatif alaf baharu di platform digital, buat julung kalinya produksi D’Alphalegacy membawakan sebuah program berkonsepkan bual bicara berjudul ‘Ballz Talk’ secara eksklusif menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube.


Hos Ballz Talk, Iman Zulkarnain & Elly Ariffin


Sebagai pengenalan, program ‘Ballz Talk’ yang dikendalikan oleh pasangan pengacara Elly Arifin dan Iman Zulkarnain ini bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad serta Armada Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan. Program ini juga turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami yang merupakan pengarah untuk musim ini.


Lebih istimewa, sesi temubual eksklusif yang bersifat up close & personal menerusi program ‘Ballz Talk’ ini juga akan mengetengahkan pelbagai perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini.


Rakaman program ‘Ballz Talk’ akan berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan boleh mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ yang telah bermula 4 Disember 2020, pada setiap hari Jumat, jam 8.30 malam.


“Dalam usaha meluaskan lagi testimoni D’Alphalegacy sebagai ‘content creator’ di landskap media baharu dan digital, kami dengan berbesar hati membawakan perkongsian ‘up close & personal’ selebriti-selebriti tanah air menerusi program eksklusif ‘Ballz Talk’.


Sejujurnya, menghasilkan karya digital bukanlah perkara mudah seperti yang disangka kerana ia menuntut kemahiran naratif penceritaan yang kreatif agar kandungan tersebut mempunyai jalan cerita yang boleh diterima secara global oleh peminat seni hiburan.


Selain itu, idea asal tersebut juga mestilah di luar kotak dan mempunyai stail tersendiri walaupun nampak santai. Ia harus mampu membuatkan penonton berasa dekat dengan intipati yang ingin disampaikan di samping berjaya menerapkan mesej yang positif buat masyarakat.


Namun begitu, kami akui berada di landasan digital juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada kami untuk melakukan pelbagai eksperimen kreatif dalam menghasilkan karya-karya unik yang ‘up to date’ dan mengujakan bagi mendekati para penonton.


Keunikan ‘Ballz Talk’ terletak kepada kandungan visual yang kompak yang disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital lantas memudahkan penonton untuk mengikut kisah mereka walau di mana mereka berada. Oleh itu, setiap tetamu undangan yang menjayakan program ini dipilih berdasarkan pengalaman mereka sebagai anak seni dan latar belakang kehidupan yang penuh warna warni bagi menyuntik pelbagai elemen menarik dalam program ini.


Secara keseluruhannya, kami positif dan yakin dengan kemampuan pengacara yang semakin meningkat naik, Elly Arifin dan Iman Zulkarnain dalam mengendalikan program bual bicara ini yang diharapkan dapat meletakkan penanda aras yang tinggi dalam dunia hiburan serta dapat memberikan inspirasi kepada para penonton.” Ujar Diyana Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy (M) Sdn. Bhd



TRIVIA' BALLZ TALK'


1. Program ‘Ballz Tak’ menyaksikan gandingan kali pertama Elly Arifin dan Iman Zulkarnain selaku pengacara bersama.


2. Rakaman program ‘Ballz Tak’ juga dibuat secara ‘live-to-tape’ dan padat dengan pengisian eksklusif yang tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum secara terbuka sebelum ini. Untuk makluman, penggambaran program ini juga sudahpun selesai sepenuhnya.


3. Sewaktu rakaman episod yang menampilkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly selaku tetamu undangan, Iqram tidak hanya datang dengan tangan kosong tetapi turut membawa kek hasil air tangan sendiri sebagai buah tangan untuk dikongsikan dengan semua tenaga kerja yang terlibat. Kek tersebut cukup lazat sehingga berjaya dihabiskan dalam masa 30 minit sahaja.


4. Rakaman episod tersebut juga turut mencetuskan emosi kepada semua apabila Iqram tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terkesan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh hos berhubung perjalanan kisah hidupnya serta kecaman netizen dan masyarakat sekeliling.


5. Walaupun keseluruhan rakaman untuk setiap episod cuma mengambil masa kurang dua jam untuk diselesaikan, Iqram Dinzly dan Zizan Razak masih menunggu untuk ‘lepak’ di studio sehingga jam 3.00 pagi kerana berasa teruja dan cukup selesa dengan tenaga kerja yang terlibat untuk menjayakan program ini.


6. Manakala sewaktu rakaman episod yang menampilkan Farah Ahmad selaku tetamu undangan pula, beliau cukup tenang mengawal emosi sewaktu bercerita mengenai arwah suaminya, Pitt Hanif yang meninggal dunia akibat lemas ketika memancing tahun lalu. Kekuatan beliau selaku ibu tunggal kepada tiga orang anak cukup terserlah sehingga membuatkan seluruh tenaga kerja yang turut berada di situ berasa tersentuh.


7. Rakaman program ‘Ballz Talk’ telah dijalankan sewaktu arahan PKPB masih berkuatkuasa. SOP yang ketat sewaktu tempoh tersebut menghadkan pergerakan seluruh tenaga kerja yang terlibat. MYBUZZ!



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.