SHOPEE MERAIKAN ULANG TAHUN KELIMANYA DENGAN MENYUMBANG KEPADA KOMUNITI



Selebriti ternama Malaysia seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Neelofa, Erma Fatima, Fahrin Ahmad, Irma Hasmie, Datin Rita Sosilawati dan Zoey Rahman bakal berganding bahu bersama Shopee di 12.12 Jualan Ulang Tahun ini dengan misi untuk membantu komuniti yang terabai di seluruh negara.


Mereka akan memperjuangkan usaha-usaha yang dekat di hati mereka melalui organisasi seperti SIMPLYSITI Di Hati, Pertubuhan Kasih Neelofa, Dar Ummul Hasanain, Yayasan AIDS Malaysia, Islamic Relief Malaysia, Yayasan Ta'zim dan Ukhwah For Ummah. Inisiatif ini merupakan usaha di bawah inisiatif amal baharu #ShopeeGivesBack yang dilancarkan oleh platform e-dagang tersebut sempena jualan ulang tahunnya yang kelima. Mereka telah berikrar untuk memberi sokongan kepada lebih daripada 30 rumah dan organisasi amal serta mempunyai rancangan untuk meningkatkan lagi komitmen mereka pada tahun 2021.

Inisiatif #ShopeeGivesBack bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan sumbangan kepada pelbagai organisasi kebajikan bagi menyokong usaha masing-masing termasuk penjagaan kesihatan, golongan yang kurang bernasib baik serta komuniti yang terpinggir termasuk haiwan. #ShopeeGivesBack dilancarkan ekoran kejayaan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge dan Shopee MMA Covid-19 Fund.


Pandemik Covid-19 telah melahirkan cabaran baharu bagi semua pihak termasuk organisasi amal serta organisasi bukan bermotifkan untung. Banyak organisasi seperti ini sedang mengalami kesukaran untuk meneruskan operasi. Antara contohnya ialah Zoo Negara dan Langkawi Wildlife Park; dengan kedua-duanya sangat terjejas oleh wabak tersebut. Mereka amat memerlukan bantuan bagi meringankan beban kewangan untuk menyediakan makanan dan memastikan kesempurnaan penjagaan lokasi dan penjagaan veterinar. Rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk ‘memelihara’ haiwan menerusi kedai rasmi pusat-pusat hidupan liar ini di Shopee demi membantu mereka untuk terus memulihara dan melindungi populasi haiwan liar.


Para pengguna Shopee juga boleh menderma kepada MERCY Malaysia di mana hasil kutipan digunakan untuk bantuan perubatan, memastikan keselamatan makanan dan memberi perlindungan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam gelombang penularan pandemik Covid-19.


Rakyat Malaysia boleh menderma melalui portal dalam aplikasi Deals, Top-ups & Bills atau melayari https://shopee.com.my/m/ShopeeGivesBack

Jualan Ulang Tahun Untuk Seluruh Rakyat Malaysia


Selain meraih sokongan rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, Shopee bekerjasama rapat dengan jenama, peruncit dan penjual seperti Vinda, realme, Watsons, Unilever, Philips, Pediasure, L'Oreal, Enfagrow, Nivea, OPPO, Dutch Lady, One Plus, QQ Malaysia, Carlo Rino, Nutox, adidas, Photobook, dan Dr Cardin untuk menyajikan perayaan hebat melalui tawaran, baucar, permainan dan hadiah menarik. Mulai sekarang hingga 12 Disember 2020, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12 dan tawaran RM1 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.