SHOWCASE DATUK AWIE 'RAIKAN CINTA RAMADAN' BAKAL UBATI KERINDUAN PEMINAT


Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan.


Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan anjuran Awie Entertainment dengan kerjasama HS Shazliciious Trading itu bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 April bertempat di Hotel Lacrista, Melaka yang akan diringi oleh pemuzik undangan. Sementara bagi acara di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada tanggal 1 Mei, Datuk Awie akan muncul bersama-sama Wings (Showcase Wings Raikan Ramadan) untuk menghiburkan peminat mereka.


Pengurus Projek, Mubarak Akhtar atau Hatta berkata, bagi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan, Datuk Awie akan mendendangkan beberapa buah lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian.


Sementara bagi membangkitkan suasana hari raya, persembahan selama satu jam setengah itu juga akan dimeriahkan dengan rangkaian lagu-lagu raya terbaik. Datuk Awie juga tidak akan ketinggalan membawakan lagu-lagu solonya serta lagu popular Wings.


“Konsep persembahan pada malam itu akan menerapkan ciri kampung bukan saja dari sudut dekorasi tetapi juga pada juadah yang bakal dihidangkan kepada peminat yang membuat tempahan meja.


“Selain persembahan, acara pada malam berkenaan juga akan diisi dengan aktiviti kerohanian di mana kita akan memulakan acara dengan sesi tazkirah sebelum majlis berbuka puasa. Kita juga akan membawakan penceramah terkenal pada acara berkenaan.


“Selepas itu ia akan diikuti dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih. Seterusnya persembahan dijangka akan dimulakan kira-kira jam 9.30 malam.


“Selain untuk mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihat Datuk Awie beraksi, persembahan pada malam itu juga dapat menghilangkan kesedihan peminat yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran bersama ibu bapa serta sanak saudara tercinta dengan himpunan lagu raya popular,” kata Hatta.


Bagaimanapun jumlah penonton untuk menyaksikan persembahan selama dua jam itu terpaksa dihadkan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.



Persembahan di Hotel Lacrista, Melaka hanya menawarkan sebanyak 25 buah meja dengan kira-kira 200 penonton, manakala Hotel Premiera, Kuala Lumpur dapat memuatkan 400 penonton dengan 50 meja.


Menurut Hatta lagi, rancangan untuk mengadakan showcase baru saja dirancang pada 12 April yang lalu. Mengakui agak terburu-buru, namun beliau yakin dengan kekuatan Sayap-Sayap Wings, acara berkenaan akan berjaya.


“Memang rancangan untuk mengadakan showcase ini agak terburu-buru. Ada juga yang bertanya kenapa mesti Wings dan kenapa tidak artis lain. Tapi tidak ramai yang mempunyai ¬kiran seperti Datuk Awie. Kami cuba mengelak daripada meminta-minta untuk mengadakan showcase ini, kebetulan Wings ada saluran dan pengikut yang tersendiri.


“Mereka ada pengikut tegar iaitu Sayap-Sayap Wings yang boleh membantu jualan meja ‘Brotherhood’ mereka kuat dan mereka juga sangat komited di dalam melaksanakan sesuatu perkara,” katanya.


Sementara itu bagi penyanyi , Datuk Awie, setelah beberapa siri persembahan yang dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19, beliau kini sudah tidak sabar untuk bertentang mata dengan peminatnya. Menurut Datuk Awie, dia akan memberikan persembahan yang santai dan menenangkan khas buat peminatnya.


“Saya akan menampilkan persembahan yang paling santai dan sedap di halwa telinga pendengar. Peminat datang untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil menonton persembahan, jadi mereka tentunya mahukan muzik yang boleh memberikan ketenangan, bukannya muzik yang boleh membingitkan telinga.


“Untuk persembahan di Kuala Lumpur nanti, saya bersama-sama dengan anggota Wings akan tampil secara akustik. Mengenai gimik atau keistimewaan lain pada dua malam berkenaan, kenalah tunggu sehingga malam itu,” katanya.


Sementara itu, Datuk Awie berkata, keputusan untuk mengadakan showcase selama dua hari memang dilakukan dalam tempoh yang singkat. Katanya, biar apa pun yang terjadi, hidup harus diteruskan walaupun golongan seni antara yang terjejas teruk akibat pandemik berkenaan.


Datuk Awie mengakui rata-rata penggiat seni antara golongan yang terjejas teruk berikutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sejak setahun yang lalu. Namun mereka tidak boleh berputus asa sebaliknya perlu terus bekerja kerana mempunyai ahli keluarga yang perlu ditanggung.


“Sebenarnya saya memegang prinsip hidup harus diteruskan. Kami dah ditentukan Allah untuk menjadi pemuzik, penyanyi dan penghibur. Jadi, mahu atau tidak, kami perlu bekerja. Melalui penganjuran showcase ini sekurang-kurangnya dapatlah kami membantu pemuzik, pengurus acara dan mereka yang terbabit dalam industri ini secara tidak langsung.


“Memang tidak dina¬kan, pendapatan kami terjejas dengan teruk dalam tempoh pandemik ini. Biarpun kita lihat angka jangkitan yang tidak menentu tetapi persembahan tetap perlu diteruskan tetapi mengikut SOP yang ditetapkan, asalkan tidak menyalahiundang-undang.


“Kami perlu terus bekerja, jika hendak diikutkan rasa takut sampai bila-bila kami tidak boleh bekerja. Apa yang penting setiap orang yang terlibat perlu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan mengikut SOP,” kata Datuk Awie lagi.



Harga meja di Hotel Premiera Kuala Lumpur adalah seperti berikut:


Silver Package - Meja RM2800, Kerusi RM 350 (1 Meja 8 Orang).

Gold Package - Meja RM3800, Kerusi RM475 (free T shirt), VIP Package Meja RM5000 + Goodies Bag + T Shirt + 1 Bilik Superior di Hotel Premiera.

Super VVIP Package - Meja RM8000 + Goodies Bag + T Shirt + 2 Bilik Superior di Hotel Premiera.

Untuk keterangan lanjut hubungi HS Shazlicious di 019-7695588 atau Hotel Premiera di 03-26151000.


Sementara harga bagi Hotel La Crista Melaka adalah seperti berikut:

Silver Package - Meja RM2800, Kerusi RM 350 (1 Meja 8 Orang).

Gold Package - Meja RM3800, Kerusi RM475 (free T shirt), VIP Package Meja RM5000 + Goodies Bag + T Shirt + 1 Bilik Deluxe di Hotel La Crista.

Super VVIP Package - Meja RM8000 + Goodies Bag + T Shirt + 2 Bilik Deluxe di Hotel La Crista.


Untuk keterangan lanjut hubungi HS Shazlicious di 019-7695588 atau Hotel La Crista 06-2816868. Selain itu untuk sebarang maklumat lanjug juga boleh menghubungi Zul Sayap Sayap Wings di 0102480106.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts