SINIS DALAM 'TANYA SAMA POKOK'



Amat jarang genre satira komedi diketengahkan di dalam penerbitan drama tempatan namun Arie Zaharie Production Sdn Bhd berani mengambil inisiatif untuk kembali menghidupkan konsep tersebut di dalam penerbitan 13 episod Tanya Sama Pokok.


Bagaimanapun menurut penerbitnya, Arie Zaharie pembikinan genre ini tidak semudah yang dirancang kerana ia memerlukan pelakon yang tepat dan berwibawa untuk menghidupkan setiap karakter.


“Perlu ingat, satira komedi bukan lawak buat-buat atau slapstik yang selalu kita tengok di TV kerana genre ini perlu tampilkan lawak bersahaja terutama melalui dialog. Tak perlu over acting kerana kekuatannya kepada dialog.


“Sebab itu selain penulis skrip, pemilihan pelakon yang mesti sesuai dan Alhamdulillah drama Tanya Sama Pokok dihidupkan oleh pelakon-pelakon hebat di bawah arahan Sabri Yunus,” kata Arie yang merujuk kepada sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Rumah Kedai yang pernah popular suatu ketika dahulu.


Tanya Sama Pokok yang kini bersiaran di saluran Astro Warna mulai jam 9 malam setiap Isnin itu turut dijayakan Datuk Fizz Fairuz, Mona Allen, Sara Ali, Angeline Tan, Balkish Semundur Khan dan ramai lagi selain Sabri sendiri.


Menurut Arie, Tanya Sama Pokok menyampaikan mesej sinis yang bertepatan dengan situasi politik negara kita dan menjadikan sebuah kampung sebagai medan pertelagahan dan perebutan kuasa. Terdapat dua pihak yang cuba merebut jawatan sebagai Ketua Kampung dan pelbagai cara mereka lakukan dalam kempen bagi memenangi hati penduduk kampung.


“Dalam perebutan kuasa itu juga, saya selitkan segelintir orang kampung yang tiada pendirian dengan beralih sokongan seperti mana berlakunya lompat parti dalam politik,” katanya mengenai drama yang mengambil masa 35 hari penggambaran di Sungai Besar, Selangor itu.


GELERI | BABAK-BABAK MENARIK DALAM TANYA SAMA POKOK



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.