SITI KHADIJAH LANCAR PROGRAM CSR SURAU ANGKAT


Pengeluar telekung premium serta pakaian muslim dan muslimah Siti Khadijah baru-baru ini telah berkoloborasi bersama AEON, jenama peruncitan terkenal Jepun dalam satu projek CSR yang dikenali dengan nama Program Surau Angkat Siti Khadijah dengan tujuan memberi kemudahan kepada orang awam dalam bentuk kemudahan fasiliti solat yang lebih selesa.


CSR atau tanggung jawab sosial korporat merupakn satu elemen penting dalam menilai komitmen sesebuah syarikat dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti yang berada disekelilingnya. Oleh kerana SK berpegang teguh kepada nilai berkongsi rezeki, maka untuk program pertama surau angkat tersebut, pengurusan SK telah memilih sebuah surau yang terletak di AEON Mall Shah Alam.


Majlis perasmian surau angkat pertama Siti Khadijah telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Salwana Binti Ahmad Dahlan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Tn. Haji Ir. Aminuddin Mohd Nasir, Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah, Mohd Munzir Aminuddin serta Dr. Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Komunikasi Korporat, AEON Group Malaysia.


Idea untuk program yang dirancang seawal Disember 2020 ini tersetus selepas pihak SK melihat peluang untuk menambah baik persekitaran serta suasana surau yang terletak di tingkat satu, AEON Mall Shah Alam. Projek penambahbaikan surau awam ini disambut baik oleh pihak AEON, memandangkan hubungan baik yang sudah terjalin daripada kewujudan butik Siti Khadijah disana.



Projek yang kemudiannya dinamakan Surau Angkat SK ini dimulakan dengan memilih tiga lokasi untuk fasa percubaan - AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Kota Bharu dan akan dipanjangkan ke lokasi lain seluruh Malaysia jika menerima sambutan yang menggalakkan.


Projek ini memberi ruang kepada SK untuk menjadikan surau terpilih sebagai surau angkat. Kos untuk penambahbaikan ditanggung oleh pihak SK sepenuhnya. SK turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti telekung wakaf, ruang gantung tudung, meja solek dan cermin muka. Juga, pengelap untuk mensanitasi tempat sujud bagi tujuan pematuhan SOP.


Dengan penambahbaikan ini, pengurusan SK mengharapkan pengguna dapat merasakan sendiri pengalaman beribadah dalam keadaan yang lebih selesa, seterusnya mengajak pengguna untuk bersedekah untuk mengekalkan keselesaan tersebut kepada pengguna yang lain.


Untuk tahun 2021, SK telah melancarkan kempen #KitaAda. Kempen ini menggariskan tiga mesej utama - #KitaAda telekung paling selesa, #KitaAda hadiah paling bermakna dan #KitaAda telekung buatan orang kita.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts