SITI KHADIJAH X MIS CLAIRE LANCAR KOLEKSI TELEKUNG 'PLUS SIZE' SIGNATURE CLAIRA



Buat julung kalinya, Mis Claire bekerjasama dengan jenama telekung terkenal di Malaysia; Siti Khadijah untuk melancarkan koleksi telekung khas untuk ‘plus size’ yang akan berada di pasaran bermula dari tarikh 29 Mac di laman sesawang www.misclaire.com


Telekung ‘Plus Size’ yang diberi nama “Signature Claira” ini mempunyai potongan dan perincian menyerupai Koleksi Signature mereka yang tersedia. Nama ‘Claira’ dipilih membawa maksud ‘cerah dan terang’ sinonim dengan metafora kesucian semasa beribadah. Diperbuat daripada material Signature Basic Poplin yang sejuk dan tidak mudah renyuk. Signature Claira juga didatangkan dengan renda cotton yang berkualiti premium, dipenuhi dengan sulaman floral yang disulam kemas secara manual.


Koleksi ini dijangka akan meraih sambutan yang sangat menggalakan di pasaran ‘plus size’ berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan sebelum kerjasama ini dilaksanakan.

Seiring dengan peningkatan permintaan pakaian wanita ‘plus size’ semasa ini, Mis Claire berpendapat keperluan solat wanita khusus untuk ‘plus size’ juga perlu diberikan perhatian. Mis Claire memilih untuk merujuk Siti Khadijah kerana kepakaran jenama ini dalam pengeluaran dan pemasaran produk telekung di negara Malaysia. Gabungan bersama berjaya menghasilkan telekung yang mempunyai lebar kain sehingga 80 inci. Rekaan pada bahagian muka dikekalkan dengan sulaman bunga yang telah lama sinonim dengan rekaan Siti Khadijah.


Telekung “Signature Claira” ini akan dilancarkan dengan pilihan warna putih dengan harga pasaran RM229 sahaja. Pelanggan boleh memilih antara saiz 3XL dan 5XL. Ukuran 5XL telekung ini mampu memenuhi sehingga saiz 7XL. Tiap pembelian akan didatangkan dengan beg istimewa yang dikeluarkan khas untuk koleksi ini. Pelancaran koleksi ini diharapkan dapat membantu wanita ‘plus size’ untuk sentiasa yakin semasa menunaikan solat.


Untuk lebih maklumat lanjut, boleh lawat laman sesawang www.misclaire.com atau laman media sosial Mis Claire di www.facebook.com/plussize.misclaire dan www.instagram.com/plussize_misclaire



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.