TIGA DRAMA HEBAT HIASI SLOT DRAMA TV3 OGOS INI


TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik. Terbaharu di bulan Ogos, slot Sakura memaparkan kisah seorang gadis yang bertemu dengan jejaka idaman yang dianggap hanya wujud di dunia fiksyen, slot Lestary mengisahkan kesungguhan tok batin yang mahu mengubah masa depan anak-anak orang asli dengan memberikan pendidikan serta slot Samarinda yang mengisahkan dua beradik yang kembali bertemu dalam situasi yang menyayat hati setelah terpisah selama 20 tahun.


Sakura: Checklist Mr. Right (12 episod), Mulai 25 Ogos 2021, Isnin - Khamis, 6.00 petang


Drama bersiri komedi romantik ini merupakan terbitan oleh Imaginal Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Tam Suhaimi, nukilan skrip oleh Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki dan Shamaine Othman dengan menampilkan Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Wafiy Aan, Amy Mastura, Harris Baba, Intan Ladyana, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Atiq Azman, Nelissa Nizam dan ramai lagi.


Seorang gadis yang bernama Nina Suraya ialah seorang ‘instafamous’ yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis skrip. Rancangan Nina untuk mendedahkan kecurangan Zach tidak berhasil apabila warga net lebih berpihak kepada Zach. Video pergaduhannya dengan Zach tular di media sosial dan Nina menerima kecaman yang kuat sehingga mengambil keputusan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bahru.


Nina mahu menutup pintu hatinya dan percaya lelaki idamannya tidak akan wujud di realiti. Niesa pula telah menyuruh Nina menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya. Nina telah dibawa ke pantai dan diberikan botol kaca. Niesa mencadangkan kepada Nina untuk membuangkan nota dalam botol itu dan melontarkannya ke dalam laut kerana lelaki yang digambarkan itu hanya wujud dalam dunia fiksyen. Nina mula mengalami kekalutan apabila bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang dicatatkan di dalam nota itu.

Samarinda: Terlerai Noktah (9 episod), Mulai 26 Ogos 2021, Isnin - Khamis, 10.00 malam


Drama bersiri 9 episod ini diterbitkan oleh Padi Pictures, diarahkan oleh Amor Rizan dengan nukilan skrip oleh Amor Rizan menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Atikah Suhaime dan ramai lagi.


Zaira dan Dr Rudi merupakan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak. Zaira mempunyai satu sejarah silam bersama adik perempuannya yang telah hilang selama 20 tahun. Suatu hari, hospital psikiatri yang dimiliki oleh Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani yang ditemui oleh pihak polis bersama mayat suami Hani yang mati dan bayinya yang kelaparan. Dr Rudi terkejut selepas mendapati pesakit yang bernama Hani itu adalah adik kandung Zaira yang telah lama hilang.


Sementara itu Rania, ketua jururawat yang bekerja di hospital milik Dr Rudi sering cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu namun tidak diendahkan oleh Dr Rudi. Rania mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Dr Kamil malah Dr Kamil telah menghilangkan diri membawa anak mereka lari dari Rania.


Kehadiran Jasmine, seorang jururawat baharu yang ditukarkan ke hospital psikiatri menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil, suami Rania sendiri. Jasmine yang ditugaskan untuk menjaga Hani mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani. Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu, dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

Lestary: Anak Sena (8 episod), Mulai 26 Ogos 2021, Rabu - Sabtu, 9.00 malam


Ilmu mampu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, itulah pegangan teguh dan impian seorang tok batin yang mahukan anak-anak kaum orang aslinya mendapat pendidikan moden. Apabila beliau diuji dengan anaknya yang lari dari kampung kerana tidak ingin meneruskan pembelajaran, dapatkah Sena menyelesaikan kemelut itu?


Mini Siri istimewa Merdeka Anak Sena ini diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn. Bhd., diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan nukilan skrip oleh MF Kencana dan Irdeena Nur Humaira. Drama bersiri 8 episod ini menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abd Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul dan ramai