ULASAN FILEM: KUMPULAN FLOOR 88 BERJAYA BAWA LAGU HUTANG MENJADI FILEM HUTANG 2D

HUTANG 2D adalah karya filem terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios terus ke Pawagam Rumah Anda melalui Astro First, saluran 480 bermula hari ini, 5 Ogos 2021.



Filem ini merupakan filem pertama yang mengangkat sebuah lagu popular berjudul Hutang nyanyian Kumpulan Floor 88 untuk dipersembahkan sebagai sebuah filem.


Kisah dimana Ayie (lakonan Ayie Elham) seorang budak flat yang mempunyai bakat melukis Webtoon. Pak Ajie akonan Ropie) iaitu Bapa Ayie yang tidak mesra dan banyak berhutang serta sering diganggu dua orang gangster (lakonan Black & Wafiy Ilhan). Bapa Ayie sering memandangkan kemampuannya yang pandai melukis Webtoon. Ketika kumpulan gangster datang menyerang bapa beliau, Ayie sering bersembunyi. Ayie juga menyimpan perasaan dengan Shima (lakonan Baby Shima), Shima yang berniaga nasi lemak didepan rumah Ayie.


Watak Mak Ima (lakonan Fauziah Dato' Ahmad Daud) yang garang iaitu ibu kepada Shima membuat Ayie tidak berani mendekatkan diri dengan Shima.




Yang menaikan cerita ini bagi MB adalah elemen komedi yang ditonjolkan oleh Ropie. Ditampilkan juga kemunculan Altimet sebagai watak Gua Mambang. Gua Mambang memberikan Ayie sebuah tablet ajaib dan hasrat Ayie melukis webtoon berjaya melahirkan superhero (lakonan semua ahli kumpulan Floor 88).


Pertama kali kumpulan Floor 88 menunjukkan bakat berlakon filem. Bagi MB sendiri lakonan mereka pertama kali ini not bad .


Anda mesti nak tahu apa akan terjadi dengan Ayie, Pak Ajie, Baby Shima? anda wajib tonton filem ini. Apa-apa pun MB seru anda semua untuk melanggan astro first dengan menonton filem Hutang 2D ini dan ianya tidak rugi dan anda akan mendapat sesuatu yang baik dari filem ini.


Keseluruhan MB bagi:






SINOPSIS FILEM


Ayie, seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Dia mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendam terhadap Shima. Kehadiran dua orang gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet’ ajaib di mana segala lukisannya menjadi kenyataan. Dengan tablet itu dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidup nya.


Tajuk : Hutang 2d

Genre : Action Comedy

Pengarah : Irwan Rauf Dan Pengarah Bersama Eric Fuzi

Produksi : Arie Zaharie Production & Knack Knack Studios

Bahasa : Malaysia

Durasi Filem : 95 Minit

Jumlah Hari Penggambaran : 10 Hari

Lokasi Penggambaran : Kuchai Lama, Sungai Buloh & Kota Damansara

Tarikh Tayangan Di Astro First : 05 Ogos 2021



<