ULASAN FILEM: PETAKA- KISAH DISEBALIK KESEDIHAN, KEPERITAN DAN PENGINSAFAN ANKARA DADAH DURJANA

Sebuah karya filem PETAKA terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures Sdn Bhd telah bermula tayangannya di Astro First sejak 4 Februari 2021.




Filem arahan Azhari Zain ini memaparkan kisah filem berunsur teladan yang berat tetapi penuh dengan pesanan yang baik yang boleh menjadi iktibar kepada semua masyarakat tentang bahaya menjadi keldai dadah. Filem ini disokong oleh Agensi Antidadah Kebangsan (AADK) sempena Kempen Antidadah Kebangsaan yang ke 38 pada 19 Februari 2021.


MB berkesempatan menonton filem PETAKA ini dan agak teruja dengan lakonan mantap yang dibarisi tunjang utama iaitu Azman Ahmad, PU Azman, Nabila Huda, Wan Maimunah, Jaja Iliyes, Zali Shuhaili dan Coki.


Bagi MB watak-watak yang diketengahkan sangat menjadi membawa penonton tidak sabar mengikuti babak-babak seterusnya. Babak air mata Wan Maimunah juga memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita Petaka. Ini juga boleh menyebabkan para penonton bersama-sama menangis dalam filem ini. Kisah sayang yang dipamerkan memberi impak kepada filem ini. Selaku hero, Azman Ahmad (watak sebagai Sham) telah membawa watak tersebut begitu baik dan seolah-olah penonton terkesan dengan watak beliau.



Watak Nabila Huda dalam filem ini menguatkan lagi jalan cerita dimana beliau sebagai begitu agresif dalam melakonkan watak tersebut. Tidak lupa juga watak yang di bawa oleh PU Azman, Jaja Iliyes , Zali Shuhaila dan Coki cukup menghidupkan watak-masing.


Walaupun filem ini agak tipikal jalan cerita tentang keperitan hidup sesebuah keluarga kerana ingin mendapatkan wang untuk menampung kehidupan seisi keluarga kemudiannya tersalah langkah dan tanpa disangka menjadi keldai dadah. Ia mengakibatkan seseorang individu yang tanpa berfikir panjang menerima pelawaan kerja dengan menerima upah yang tinggi dan akhirnya terjerumus dalam kancah sindiket dadah.


MB sebenarnya berpuas hati dengan jalan cerita cuma sekiranya diperbanyakkan plot-plot suspen boleh dimasukkan supaya cerita dapat lebih digarap menjadi sebuah kisah yang tidak dapat dilupakan oleh penonton. Adakah penerbit terfikir untuk ada kesinambungan seterusnya!


Apa-apa pun MB seru anda semua untuk melanggan astro first dengan menonton filem PETAKA ini dan ianya tidak rugi dan anda akan mendapat sesuatu yang baik dari filem ini.


Keseluruhan MB bagi:






SINOPSIS FILEM PETAKA



Petaka mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan.


Sham bekerja keras melakukan kerja-kerja kampung bukan sahaja untuk menyara keluarganya malah demi memenuhi hasrat hati bagi menebus balik rumah pusaka yang sebelum ini terpaksa dijual kerana kemiskinan.


Kedaifan keluarganya berubah secara drastik apabila Sham menerima tawaran bekerja sebagai pemandu lori barang di kedai perabot Haziq. Tugasnya hanya mengambil dan menghantar barangan perabot dari sempadan Thailand ke kedai Haziq di Alor Setar. Haziq bekerja di bawah Datuk Jamil.