UPM JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PNT RESEARCH DALAM MEMPERTINGKAT KEBERKESANAN BAHAN BERFUNGSI



Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini mengumumkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi (functional ingredients) untuk menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat. Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.


Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik, seperti barah, kencing manis, penyakit Alzheimer dan penyakit kardiovaskular. Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein, dan DNA.


Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran.


Untuk membantu mencari jalan penyelesaian, Ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.


"Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.


"Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik," katanya.

Pengarah Urusan PNT Research, Lee Bin Hao, mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.


"Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD®.


"Usaha kami akan dibangun berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna," katanya.


Pencipta TetraSOD®, syarikat bioteknologi laut Fitoplancton Marino, memuji kerjasama itu sebagai perkongsian yang akan menyuntikkan nafas baru dalam R&D bahan-bahan berfungsi.


“Kami berbangga melihat rakan kongsi kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka. Industri ini akan mendapat banyak manfaat dari kepakaran baru di Malaysia ekoran kerjasama antara UPM dan PNT Research.” jelas Ketua Pengarah Fitoplancton Marino, Carlos Unamunzaga.


Sementara itu, Pengarah DKSH Asia Tenggara (Performance Materials, Indonesia, Malaysia & Singapore), Victor Liew, berkata: "DKSH menikmati hubungan kerja yang kuat dengan PNT Research - berlandaskan matlamat bersama untuk memperkayakan kehidupan orang ramai - menyokong rakan perniagaan kami dengan dedikasi yang menggabungkan kebolehpercayaan Switzerland dan sikap boleh-lakukan (can-do attitude) orang Asia."


Tidak ketinggalan Gelita, syarikat nombor satu di dunia dalam penyelidikan kolagen, juga menyampaikan mesej tahniah. Dalam perutusannya, Pengurus Perwakilan Gelita untuk Asia Tenggara, Louis Emmanuel Jaillon, menyatakan bahawa Gelita dan PNT Research komited untuk memacu inovasi produk bahan berfungsi.


Turut hadir adalah wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin; DKSH dari Switzerland yang merupakan peneraju dunia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran; dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen.


Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.