VIVO V21 SERIES KINI DI PASARAN MALAYSIA


vivo Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar V21 secara rasmi, menjadikan imej telefon pintar bertaraf profesional boleh diakses oleh semua pengguna. V21 dan V21e, yang memuatkan kecanggihan fotografi dan videografi malam merupakan ahli telefon pintar siri V yang terbaharu oleh vivo – sejak sekian lama ia menjanjikan peranti berpaksikan kamera yang menawan pada harga yang kompetitif.


“Kami di vivo sentiasa komited untuk menawarkan pengalaman mudah alih yang terbaik kepada para pengguna, barisan produk yang disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. Oleh itu, siri V21 telah diperkenalkan sebagai jawapan bagi para pelanggan yang menginginkan sebuah peranti yang kaya dengan ciri-ciri kefungsian serta mudah untuk diakses, dan kamera hadapan OIS kami menjadi penanda aras kemajuan yang radikal bagi teknologi kamera hadapan yang melengkapi telefon pintar pada masa akan datang. Ketika dunia maya terus bersilang dengan realiti kita, kamera hadapan OIS di dalam V21 yang hadir dengan lampu sorot swafoto (selfie spotlight) berkuasa tinggi, reka bentuk serba rapi dan pengalaman kepenggunaan yang bertaraf tinggi mampu membantu pengguna menyerlahkan diri mereka seperti yang diinginkan secara maya mahupun fizikal,” ujar Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.


“Siri V kami yang terbaharu membawakan kamera hadapan yang tercanggih dalam industrinya, di samping reka bentuk yang menawan, perkakasan serta perisian berkuasa tinggi, dan kami percaya ia akan menjadi pilihan yang ideal bagi pengguna yang ingin meluahkan diri mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana jua,” tambah Xu.


Siri V21 oleh vivo dirungkai untuk merapatkan jurang antara rakyat Malaysia ketika detik yang mencabar ini, seperti yang dilihat dalam video keluaran terkini oleh vivo Malaysia yang menampilkan Mira Filzah sebagai duta jenama baharu untuk siri V. Dengan memanfaatkan vivo V21 sebagai alat kehidupan seharian yang penting, pelakon popular ini boleh dilihat mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan suaminya, Wan Emir serta insan-insan tersayang yang lain ketika musim lebaran ini.


Siri vivo V21 yang terbaharu membawakan kamera hadapan 44MP – dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) yang unik eksklusif bagi V21 – digandingkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS), Potret Malam AI (AI Night Portrait), autofokus dan sensor cahaya yang canggih, ia mewujudkan sinergi antara perisian dan perkakasan untuk membolehkan pengguna merakam swafoto yang lebih jelas serta video yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana jua.


Kamera hadapan yang berkuasa tinggi dengan apertur f/2.0 membekalkan tahap pendedahan cahaya yang lebih besar walaupun dalam kondisi pencahayaan yang terhad. Menerusi pengintegrasian antara perkakasan dan perisian, fungsi ‘Super Night Selfie’ membawakan pendedahan berbilangan peringkat dan berbilangan frem imej yang berkualiti tinggi, lantas menaik taraf aspek kecerahan dan perincian latar malam, selain menjamin rakaman potret yang lebih jelas. Berserta dengan Potret Malam AI yang memadankan algoritma pengurangan hingar berbilangan frem (multi-frame noise reduction algorithm) dan teknologi berdefinisi tinggi AI, gambar-gambar yang menawan dapat diambil dengan mudah pada waktu malam.


Kamera hadapannya juga hadir dengan fungsi autofokus canggih yang asing bagi telefon pintar lain dalam pasaran. Fungsi-fungsi ini membantu pengguna merakam imej yang jelas lagi berkualiti tanpa dibatasi dengan jarak rakaman, serta menawarkan fokus yang jelas. Di samping itu, ‘Dual Selfie Spotlight’ memadankan cahaya halus skrin dan denyar (flash) yang terintegrasi di hadapan, ia dimuatkan di pinggir skrin paparannya untuk memudahkan rakaman gambar dan video yang mempesonakan pada waktu malam.


Bukan itu sahaja, siri vivo V21 memiliki tiga kamera belakang (64MP, 8MP dan 2MP), dengan fungsi OIS eksklusif untuk V21 yang menawarkan kualiti imej yang luar biasa, turut disuntik nafas oleh rangkaian kamera sekunder untuk mengendali keupayaan fotografi makro, termasuk rakaman bersudut lebar dan yang lebih kompleks.


Kamera hadapan dan belakang peranti ini mampu merakam imej serta video berkualiti 4K, manakala EIS menaik taraf keupayaan penstabilannya melalui algoritma perisian tanpa memerlukan perkakasan tambahan, justeru menjimatkan ruang dan mengurangkan saiz telefon pintar tersebut. Fungsi ini dapat memperbaiki kualiti video secara signifikan bagi rakaman yang dibuat dengan memegang telefon pintar ini, ia menawarkan sudut pandangan yang lebih stabil serta kualiti video yang lebih tinggi. Dengan Fungsi Pendedahan Berganda (Double Exposure Function) yang eksklusif untuk V21, ia membolehkan pengguna meluahkan kreativiti masing-masing.


Siri vivo V21 yang baharu juga hadir dengan ciri-ciri kefungsian kreatif yang lain seperti AI berteknologi tinggi, pengimbuh wajah, Dwi-Paparan Video, pelbagai penapis foto (filter) dan gaya potret untuk pengguna meneroka pengalaman yang lebih artistik dan interaktif. Kombinasi antara kesemua fungsi ini menjadikan siri V21 pendamping yang sempurna untuk tujuan ‘vlogging’ dan untuk pengguna berkongsi detik-detik kehidupan mereka dengan rakan taulan dan keluarga secara maya mahupun fizikal.


V21 dan V21e membawakan estetika yang elegan lagi rapi dengan mengintegrasikan elemen-elemen yang praktikal dan bersofistikasi tinggi. Kerangka tengahnya yang diperbuat daripada bahan polikarbonat direka suai menggunakan teknik ‘Vacuum Metalizing’. Ia menjadikan tubuh telefon pintar ini padat dan rata, termasuk berciri ringan dan selesa untuk dipegang.


Dari sudut belakang, kesempurnaan telefon pintar ini juga dicerminkan melalui pelitup AG Glass yang memperkayakan penampilan dan kualiti, membolehkannya digenggam dengan selesa. Gubahan lensa kamera belakang pula diserlahkan dengan cetakan UV serta teknologi penyejatan sinar elektron untuk menaik taraf penampilannya yang kemas dan penuh sofistikasi.


Bahagian depan telefon pintar V21 mempunyai Paparan E3 AMOLED FullView™ dengan kadar penyegaran 90Hz, yang membolehkan kecerahan skrin yang optimum, kontras, warna terang, perlindungan mata cahaya biru dan banyak lagi. V21e mempunyai paparan AMOLED 6.44” beresolusi ultra tinggi FHD yang membekalkan efek visual yang menakjubkan, selain meminimumkan kekaburan gerakan (motion blur). Tidak kira apa jua media yang dipaparkan pada skrinnya, siri V21 memastikan pengalaman visual yang terbaik dapat dibekalkan.


Perincian yang lebih halus meliputi gradien warna yang menawan pada telefon pintar ini yang memancarkan cahaya, ia membuktikan ciri gubahan artistik yang diintegrasikan pada rekaan asas peranti ini. V21 dengan ukuran senipis 7.29mm hadir dengan warna-warna yang mempesonakan dalam Dusk Blue dan Sunset Dazzle. Manakala vivo V21e yang berukuran senipis 7.38mm dan seberat 171g sahaja didatangkan dengan warna-warna yang memukau dalam Roman Black dan Diamond Flare.