RECKITT Anjur Program Pembersihan 3 Buah Masjid Sempena Menyambut Kehadiran Ramadan
top of page
  • Writer's pictureMYB

RECKITT Anjur Program Pembersihan 3 Buah Masjid Sempena Menyambut Kehadiran Ramadan

Reckitt baru-baru ini melancarkan siri usaha pembersihan masjid untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir. Usaha itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti solat tarawih secara berjemaah pada tahun ini.


Reckitt meyumbangkan pekerja pembersihan professional, peralatan, serta produk keluarannya seperti Dettol, Harpic, Air Wick dan Vanish kepada 3 masjid terpilih untuk program pembersihan masjid baru baru ini bagi memastikan umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa serta solat Terawikh berjemaah dalam kawasan yang bersih

Reckitt, sebuah syarikat yang mengeluarkan jenama isi rumah terkenal iaitu Dettol, Harpic, Vanish dan Air Wick antara lain-lain, memulakan kempen Reckitt Ramadan 2022 dengan pembersihan menyeluruh tiga buah masjid dalam kawasan Lembah Klang.


Masjid-masjid termasuk Masjid Al-Imam Al-Ghazali, yang terletak di Kepong; Masjid As-Salam di Puchong Perdana; dan Masjid Jamek Kampung Baru, di pusat bandar Kuala Lumpur.


“Kempen Reckitt Ramadan 2022 adalah sebahagian daripada beberapa usaha kami untuk berbakti kepada masyarakat selepas mendapat kepercayaan yang amat tinggi daripada rakyat Malaysia sepanjang peristiwa wabak yang lalu.


"Kami mahu jiran-jiran yang beragama Islam berasa tenang dan selamat ketika menunaikan solat tarawih selepas mengetahui masjid tempat mereka bersolat telah dibersihkan secara menyeluruh dengan menggunakan produk-produk dipercayai termasuk Dettol, Vanish dan Harpic, diiringi oleh udara Air Wick yang harum,” kata Justin Lee, Pengarah Pemasaran, Kebersihan dan Dettol Malaysia, Singapura dan Vietnam.


Bagi setiap usaha pembersihan, satu pasukan yang terdiri daripada lapan orang termasuk seorang penyelia dan tujuh kakitangan pembersihan yang terlatih secara profesional ditugaskan untuk pembersihan tersebut.


GALERI


Proses pembersihan setiap masjid mengambil masa lebih kurang 8 jam, bermula dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang. Tumpuan khusus dibahagikan kepada empat kawasan utama termasuk kawasan lobi pintu masuk, kawasan solat, kawasan wudhu, dan kawasan tandas. Kawasan-kawasan ini dibersihkan menggunakan produk dipercayai Reckitt sendiri termasuk Dettol, Vanish dan Harpic, ditambah dengan aroma penyegar udara Air Wick yang menyegarkan.


Menurut Lee, syarikat itu berharap usaha pembersihan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di lokasi yang disasarkan. Lee kemudian menambah bahawa syarikat itu ingin mengekalkan momentum kempen dan berhasrat untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dari semua kaum dan lokasi pada masa akan datang.


bottom of page