• MYB

TV3 Umum Tarikh Siaran Anugerah Juara Lagu (AJL36)

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam.



Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan (brand ad) AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi pada hari ini di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official.


Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19. Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu.


Selain itu, penggunaan elemen “glitch” dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.


Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid - 19. Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.


Berikut ialah 12 buah lagu yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 36:

​LAGU

​PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

​MIMPI

HAQIEM RUSLI

HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA

HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA

SEPI

AINA ABDUL

AINA ABDUL

AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

NAFAS CINTA

KHAI BAHAR & AINA ABDUL

KHAI BAHAR & AINA ABDUL

AINA ABDUL & WAN ZAKARIA​​

​BONEKA

ERNIE ZAKRI

OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT​

​PURNAMA

NAIM DANIEL

AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL

AMZAR RAZQA​

PELUKAN ANGKASA

SOG X SHILA AMZAH

RAJA NAZRIN SHAH

FAZLEENA HISHAMUDDIN​

​INTAN PAYUNG

NORANIZA IDRIS & BUNGA

LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA

BUNGA & SIQMA​​​

SALAHKU

YONNYBOII

YONNYBOII

YONNYBOII​​​​

​AEWO

SHIHA ZIKIR FT NOKI

EZRA KONG

EZRA KONG & NOKI​​​

​LARA

​HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

HAEL HUSAINI & MFMF

HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

ANGKARA

SITI NORDIANA

SHARON PAUL

FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS​​​​

CINTA

MARSHA MILAN

BUNGA CANTIK & HANG NADIM

HANG NADIM




Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


0 comments