Ikuti Pengalaman Lima Selebriti Popular Malaysia Berguru Dengan 8 Master Dari Korea & Malaysia
Primeworks Studios telah berkolaborasi dengan SBS Korea untuk menerbitkan Master In The House Malaysia yang akan mula bersua dengan penonton TV3 mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam - 11.00 malam. Bakal bersiaran untuk 10 episod, lima selebriti popular Malaysia iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA) akan berguru dengan 8 ‘Master’ disegani dari Korea dan Malaysia. Pada setiap episod, Hael Husaini, Sc