top of page


RM100,000 Dalam Satu Malam! Konsert Legends Satukan Ikon Rock & Misi Kemanusiaan
KUALA LUMPUR – Gabungan irama nostalgia dan semangat kemanusiaan mencetuskan fenomena tersendiri apabila Konsert Legends berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 dalam satu malam yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Dianjurkan bersempena sambutan jubli perak Persatuan Karyawan, acara makan malam amal yang dihadiri lebih 500 tetamu ini bukan sekadar hiburan kosong, sebaliknya menjadi talian hayat buat penggiat seni yang sedang diuji kesusahan
MYB
7 jam lalu1 min membaca


Makan Budu Baru Jadi! – Baby Shima Cabar Diri, Lancar Lagu Loghat Kelantan Pertama 'Bey Kelik La Bey'
KUALA LUMPUR – Penyanyi sensasi, Baby Shima menutup tirai tahun 2025 dengan satu kejutan istimewa buat peminat Pantai Timur. Buat julung kalinya, beliau tampil dengan single yang dirakamkan sepenuhnya dalam dialek Kelantan berjudul 'Bey Kelik La Bey'. Lagu ciptaan komposer tersohor, Eddie Hamid ini bakal menemui peminat di semua platform penstriman digital bermula esok, 31 Disember 2025, bersempena sambutan ambang tahun baharu. Menurut Baby Shima, idea untuk merakamkan lagu i
MYB
21 jam lalu1 min membaca


'Demi Sebuah Rindu': Terapi Jiwa Julie Ezwin, Didie Shazry Galas Misi Rawat Mental Lewat Muzik
KUALA LUMPUR – Dalam satu majlis penuh emosi yang berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur semalam, industri muzik tanah air disajikan dengan sebuah naskhah 'healing' yang cukup istimewa berjudul Demi Sebuah Rindu . Kisah seorang ibu dan pejuang 'Bipolar Disorder', Julie Ezwin dihidupkan menerusi suara emas Didie Shazry dalam album 'Demi Sebuah Rindu' Projek ini bukan sekadar pelancaran album biasa, sebaliknya ia adalah manifestasi kisah benar dan perjalanan jiwa penulis lirik s
MYB
1 hari lalu2 min membaca


Gamat Mega Star Arena! Fauziah Latiff Curi Tumpuan, JessC 'Belanja' 40 Lagu Tanpa Henti
KUALA LUMPUR – Kehadiran primadona suara, Fauziah Latiff, ternyata menjadi magnet utama yang memukau lebih 3,000 penonton di Konsert “My Style” anjuran penyanyi muzik penyembuhan, JessC, yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Mega Star Arena, Sabtu lalu. Dalam konsert edisi 'naik taraf' selepas kejayaan di Genting Highlands Mei lalu, kemunculan Fauziah atau lebih mesra disapa Jee di pentas menjadi sorotan utama malam tersebut. Gandingan dua generasi ini menghidupkan
MYB
22 Dis2 min membaca


Mengaum Di Hujung Tahun! Isaac Voo Lancar 'SINGA' Dan Raikan Peminat
KUALA LUMPUR — Bintang pop sensasi Malaysia, Isaac Voo, menutup kalendar seni tahun 2025 dengan penuh tenaga menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul "SINGA". Lagu berbahasa Melayu kedua daripada beliau ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital pada 19 Disember lalu, seiring dengan tayangan muzik videonya di YouTube. Dengan gabungan lirik pelbagai bahasa dan susunan muzik bertenaga, Isaac menampilkan sisi seni yang lebih matang dan berani
MYB
20 Dis2 min membaca


124 Juta Undi! Ernie Zakri Juara ABPBH 37, 'Sambar' Trofi Utama Pakai Tudung Sarung Je!
KUALA LUMPUR – Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 yang berlangsung di Hotel Premiera malam tadi menyaksikan kejutan besar apabila penyanyi bervokal emas, Ernie Zakri, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah undian luar biasa melebihi 124 juta. Kejutan berjuta undi!. Ernie Zakri dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 37, naik ke pentas dengan hanya memakai 'tudung sarung'. Kemenangan ini bukan sahaja melakar sejarah peribadi buat
MYB
13 Dis2 min membaca


Vokal Emas Vanessa Reynauld Tembusi Tembok Besar, Lancar Single Mandarin Pertama ‘Would You Leave Me Too?’
Vanessa mengambil langkah berani untuk menembusi pasaran muzik Mandarin dan mengukuhkan kedudukannya sebagai artis serantau yang versatil menerusi single Mandarin pertamanya KUALA LUMPUR – Bintang pop tanah air yang kian menyinar, Vanessa Reynauld, kini melangkah setapak lagi dalam kerjaya seninya dengan pelancaran single Mandarin pertamanya, 'Would You Leave Me Too?' (你会不会一样离开我). Lagu yang sarat dengan emosi ini telah menemui peminat di semua platform penstriman digital ber
MYB
11 Dis2 min membaca


Reunion Epik AF8!, 'Cikgu' Norman Jodohkan Semula Adira & Shahir Selepas 15 Tahun
Nostalgia Akademi Fantasia kembali menghangatkan industri muzik apabila dua bintang popular, Adira Suhaimi dan Shahir Zawawi, bergabung dalam single terbaharu berjudul “Hanya Kamu”. Kolaborasi ini bukan sekadar duet biasa, tetapi sebuah “reunion” penuh emosi selepas 15 tahun mereka mencipta fenomena bersama dalam program realiti TV popular Akademi Fantasia 8 (AF8). Lebih manis, penyatuan dua vokalis hebat ini mendapat sentuhan keramat daripada bekas Pengetua mereka sendiri, D
MYB
10 Dis2 min membaca


Konsert Amal “Legends” Janjikan Malam Nostalgia & Kehebatan Muzik Era Emas
KUALA LUMPUR – Arena hiburan tanah air bakal diterangi cahaya nostalgia pada Konsert Makan Malam Amal “Legends” pada 27 Disember ini, acara eksklusif anjuran Persatuan Karyawan Malaysia yang menghimpunkan nama-nama besar industri muzik bagi tujuan kebajikan. Konsert yang dijadual berlangsung di ibu negara itu membawa misi murni iaitu mengumpul dana untuk artis-artis veteran yang kini memerlukan sokongan. Menggabungkan legenda yang pernah menguasai pentas Nusantara, malam ters
MYB
9 Dis2 min membaca


Epik Srikandi Kelantan Kembali Bernafas Dalam Pementasan Muzikal Paduka Cik Siti
PUTRAJAYA— Pentas seni tanah air bakal digegarkan dengan kebangkitan sebuah naskhah epik apabila Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berganding bahu dengan persatuan alumninya untuk mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti. Pementasan berskala besar ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Disember 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Teater Muzikal Paduka Cik Siti mengangkat kisah epik Cik Siti Wan Kembang, Raja w
MYB
8 Dis2 min membaca


Qalam Band Kembali Meruntun Jiwa, 'Tanpa Noktah' Singkap Derita Cinta Tanpa Penjelasan
KUALA LUMPUR – Kumpulan muzik yang berasal dari negeri Perak, Qalam Band, kini membuat kemunculan semula yang bertenaga menerusi pelancaran single terbaharu mereka berjudul "Tanpa Noktah" yang telahpun diluncurkan pada Ogos lalu. Terkini Qalam Band bukan lagi berlima. Legasi kumpulan itu kini diteruskan oleh Eynol, Faizwan dan Izad (Mukhrizad). Eynol, Faizwan dan Izad (Mukhrizad) meneruskan legasi Qalam Band dengan single terbaru "Tanpa Noktah". Naskhah bergenre balada kontem
MYB
5 Dis2 min membaca


6 Minggu Simpan Rahsia, Erra Fazira Dirisik ‘Mr. E’ & Bakal Bernikah 12 Disember Ini!
KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai status hati primadona negara, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila beliau secara rasmi mengumumkan bakal menamatkan zaman jandanya bersama pilihan hati, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E, pada 12 Disember ini. Akhirnya pasti... Primadona Erra Fazira berkongsi kisah manis perhubungannya dengan Mr. E kepada media yang bakal berakhir di jenjang pelamin pada 12 Disember 2025. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Erra, 51, dalam
MYB
2 Dis2 min membaca


32 Tahun Berlalu, Erra Fazira Kembali ‘Bunga’kan Nostalgia Menerusi Nafas Baharu ‘Cinta Abadi 2025’
KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga dekad melakar nama di persada seni tanah air, primadona filem dan nyanyian negara, Erra Fazira, kembali menggamit memori peminat dengan merakamkan semula lagu hits ikoniknya, 'Cinta Abadi'. Karya agung ciptaan Razman dengan lirik puitis sentuhan Habshah Hassan yang pernah diterbitkan pada tahun 1993 ini kini diberi nafas baharu menerusi versi 2025 sebagai simbolik meraikan satu detik istimewa dalam hidup bintang tersebut. Menurut Erra, lagu i
MYB
2 Dis2 min membaca


Nanas Juara MLS5! 'Punchline' Padu Bawa Pulang RM150,000
SHAH ALAM – Jangkaan ramai akhirnya menjadi kenyataan apabila kumpulan Nanas dinobatkan sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar Musim 5 (MLS5) pada pentas akhir yang berlangsung meriah di Royal Theatre Shah Alam, malam tadi. Kumpulan Nanas, yang terdiri daripada Achey, Namie, dan Shashic, semalam muncul juara Muzikal Lawak Superstar Musim 5 (MLS5) Gandingan mantap tiga pelawak versatil Achey, Namie, dan Shashic berjaya menambat hati juri serta pengundi dengan persembahan berten
MYB
30 Nov2 min membaca


Magis 120 Minit: Ernie Zakri & 600 Peminat Bersatu Hati Di PJPAC
PETALING JAYA – Suasana di Stage 1, PJPAC malam semalam bertukar menjadi sebuah ruang yang sarat dengan emosi apabila penyanyi bervokal emas, Ernie Zakri, berjaya memukau 600 peminat setianya menerusi sesi eksklusif 'A Letter From Ernie Zakri'. Acara yang berlangsung selama dua jam itu disifatkan bukan sekadar sebuah showcase nyanyian, sebaliknya bertukar menjadi pertemuan jiwa yang cukup intim. Jika sebelum ini Konsert Aura di KLCC menampilkan sisi gah dan kekuatan vokal Ern
MYB
30 Nov1 min membaca


'Perjalanan' Meruntun Jiwa: Ernie Zakri Tumpah Rasa, Andi Rianto Puji Vokal ‘Mahal’
KUALA LUMPUR — Diva vokal Malaysia, Ernie Zakri, kembali menggegarkan persada muzik serantau apabila tampil dengan buah tangan terbaharu, “Perjalanan”, hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan produser ternama Indonesia, Andi Rianto. Walaupun sentuhan muzik Andi Rianto jelas terasa, identiti Ernie tetap menjadi tunjang utama dalam penyampaian lagu "Perjalanan". Bukan sekadar gandingan dua nama besar, lagu ini hadir dengan naratif yang cukup mendalam apabila ia menyelami
MYB
21 Nov2 min membaca


Menjelang Magrib 2: Pertembungan Seram Psikologi & Amalan Budaya Mistik Kuno
Selepas kejayaan mengejutkan filem pertamanya pada tahun 2022 yang berjaya meraih status 'cult classic' dalam kalangan peminat tegar filem seram, pengarah Helfi Kardit kembali dengan naskhah sekuel yang jauh lebih bercita-cita tinggi, "Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai". Jika filem pertama dikenali dengan pendekatan gaya dokumentari (found footage), kali ini penonton dibawa merentas masa ke era 1920-an, menyajikan pengalaman sinematik yang lebih klasik, gelap, dan 'ber
MYB
19 Nov2 min membaca


Konsert Exists Tunda Ke 20 Disember, Janji Lebih 'Premium', Tawar Gitar Along & Set Dram
PETALING JAYA – Penganjur acara, JioBuddy, hari ini mengumumkan tarikh baharu bagi konsert EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ, yang kini dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025. Walaupun acara ini mengalami penundaan daripada tarikh asalnya pada 4 Oktober, langkah ini diambil demi memastikan peminat merasai pengalaman 'premium' yang sebenar, disusuli dengan tawaran hadiah cabutan bertuah yang cukup istimewa. Exists yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad berjanji untuk
MYB
19 Nov2 min membaca


33 Tahun Berlalu, 'Sampai Hati' Kembali Berbisa, Ameng Gabung Suara Generasi Baru
KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga dekad menghantui jiwa pendengar dengan melodi yang meruntun jiwa, lagu ikonik era 90-an, "Sampai Hati", kini diberi nafas baharu. Sony Music Malaysia baru-baru ini melancarkan versi 2025 lagu keramat tersebut, menyaksikan penyatuan suara vokalis asal kumpulan Spring, Ameng, bersama dua bakat muda tanah air, Afif Tirmizie dan Yulia Kamelia. Versi terbaharu ini menampilkan kolaborasi unik tiga generasi: Afif Tirmizie (bekas peserta Akademi Fant
MYB
19 Nov2 min membaca


Cabar Norma Muzik, DISTORTED Lahir Dengan Album Sulung 'NEW MATERIAL'
KUALA LUMPUR – Selepas tiga tahun penantian, kolektif muzik genre-bending, DISTORTED, akhirnya melancarkan album sulung mereka yang dinanti-nantikan, "NEW MATERIAL". Kumpulan ini, yang dianggotai oleh Sino, Eneyeqay, dan Balo, bersedia untuk mengukir nama mereka sendiri dalam muzik moden. DISTORTED dianggotai oleh Sino, Eneyeqay, dan Balo@Iqie Imsomniacks Apa yang menarik, Balo juga merupakan anggota kumpulan popular Insomniacks, di mana beliau lebih dikenali sebagai Iqie. "N
MYB
17 Nov2 min membaca
bottom of page





