Binaan Majestik Replika Naga 3D Dan Tema Dekorasi Vintaj 'Old Shaghai' Hiasi Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Di Suria KLCC
top of page
  • Writer's pictureMYB

Binaan Majestik Replika Naga 3D Dan Tema Dekorasi Vintaj 'Old Shaghai' Hiasi Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Di Suria KLCC

Suria KLCC, yang terkenal sebagai destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia, menyuntik kesegaran dalam idea dekorasi dalaman pusat beli belah tersebut menjelang sambutan Tahun Baru Cina khusus buat tatapan pengunjungnya dengan hiasan vintaj bertemakan ' Old Shanghai', mempamerkan era kegemilangan dari 1920 hingga 1930, juga dikenali sebagai "Paris of the Orient".


Suria KLCC
Ruang 'Centre Court' pusat beli-belah Suria KLCC ditransformasi dengan tema vintaj 'Old Shanghai' sebagai menghangatkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Bermula dari 12 Januari hingga 18 Februari 2024, ruang 'centre court' Suria KLCC, akan ditransformasi dengan keindahan binaan kedai dua tingkat tradisional, dihiasi dengan suasana 'Shanghai Lama' yang meriah.


Orang ramai yang berkunjung ke Suria KLCC akan berpeluang menyelami suasana 'Old Shanghai' yang menawan. Tema dekorasi 'Old Shanghai' turut menampilkan binaan kedai pakaian yang dihiasi indah mempamerkan seni tradisional Cheongsam, serta restoran agam yang menyajikan hidangan tradisional untuk sambutan makan malam tahunan.


Selain itu, dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar selain daripada projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan.


Suria KLCC
Esplanade KLCC kelihatan indah pada waktu malam dilimpahi pencahyaan interaktif diterangi cahaya indah hasil interaktif binaan majestik naga 3D berketinggian 60 meter

Sementara itu, Esplanade KLCC turut menjadi tumpuan utama pengunjung dengan binaan replika naga 3D setinggi 60 kaki yang megah, yang dinamakan sebagai 'Naga Kemakmuran'. Melambangkan kehadiran Tahun Naga, replika yang menakjubkan ini menjanjikan pemandangan yang mengagumkan. Pengunjung pasti mengagumi setiap perincian rumit pada struktur naga dan tidak akan melepaskan peluang untuk mengabadikan detik-detik berharga di hadapan struktur yang tersergam indah ini.


Bagi menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baru Cina, Suria KLCC turut menganjurkan persembahan menarik sepanjang kempen sambutan perayaan ini. Pengunjung boleh menikmati persembahan tarian singa akrobatik di Esplanade KLCC setiap Ahad jam 5 petang dan persembahan tarian naga di 'Centre Court' setiap Sabtu jam 2 petang. Persembahan kebudayaan ini akan menambahkan sentuhan meriah pada suasana perayaan.


Suria KLCC juga memberi ganjaran kepada pembeli dengan faedah yang bermakna. Pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas, dengan dua resit, akan menerima e-Baucar bernilai RM100 daripada Suria KLCC, berserta set eksklusif peket merah Suria KLCC. Tambahan pula, 50 pelanggan pertama yang membeli e-Baucar bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100.



Abadikan detik-detik indah sambutan bertema 'Old China' di 'Festive Photobooth', di mana pengunjung boleh menggayakan pakaian tradisional Cina dan menikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Manfaatkan ruang yang dihias indah di pintu masuk 'Centre Court', Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall, yang sesuai untuk mencipta kenangan yang sesuai dengan Instagram.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang membeli 'Suria Ribbon Pin' bagi menyokong inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental, mereka akan menerima satu set kuplet Kaligrafi Cina dengan ucapan bertuah. Pada hujung minggu, pelanggan juga berpeluang menyaksikan demonstrasi seni Kaligrafi Cina secara langsung semasa pembelian 'Suria Ribbon Pin'.


"Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan; ia adalah detik yang bermakna untuk memperkasakan adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami berbangga dalam menyampaikan pengalaman yang mengasyikkan dan interaktif yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan dan kehebatan 'Shanghai Lama' era. Sambutan ini menjadi lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan dengan warisan," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Suria KLCC
Tema dekorasi 'Old Shanghai' turut menghiasi ruang tengah Pusat beli belah Alamanda Putrajaya

Kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Suria KLCC berterusan di Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya dengan hiasan dekorasi bertema 'Old Shanghai' bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024. Ruangan tengah pusat membeli belah Alamanda akan ditranformasi mengadaptasi suasana nostalgia, menampilkan pentas teater vintaj, kedai pakaian yang mempamerkan seni Cheongsam, dan restoran yang menyajikan replika makan malam tradisional. Pusat beli-belah ini akan menawarkan latar belakang gambar yang sempurna untuk pengunjung yang mencari detik-detik yang sesuai dengan Instagram.


Pada hujung minggu, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian singa, persembahan tarian naga dan pameran kebudayaan, bersama-sama dengan pengedaran limau mandarin. Alamanda Putrajaya menawarkan ganjaran menarik untuk pembeli, di mana pelanggan yang membelanjakan RM600 dan ke atas, dengan dua resit, akan menerima Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM30. Pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas, dengan dua resit, akan menerima Baucar Beli-belah Alamanda yang lebih besar bernilai RM80.


Suria KLCC
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall disepanjang kempen perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 12 Januari sehingga 18 Februari 2024

Sementara itu, Mesra Mall di Terengganu mengalu-alukan komuniti setempat untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bermula dari 12 Januari hingga 15 Februari 2024. Pusat beli-belah itu akan dihiasi dengan tema ' Old Shanghai' yang megah dan mempesonakan. Sorotan aktiviti bagi kempen perayaan ini termasuk persembahan tarian singa tradisional pada 3 Februari, di mana penari akan mengedarkan limau mandarin untuk melambangkan tuah. Keluarga yang melawat Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel kraf untuk mencipta replika arca naga pada 9 dan 10 Februari.


'The Shoppers Rewards Programme' di Mesra Mall menawarkan teko khas yang direka dengan corak bunga menawan kepada 500 pelanggan yang membelanjakan RM350 ke atas, dengan dua resit, di kedai terpilih. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sambutan perayaan yang hebat ini dan cipta kenangan yang berkekalan bersama orang tersayang.

bottom of page