Ernie Zakri Buktikan Kehebatan 'Hal Hebat' Bersama Govinda Di Malaysia
top of page
  • Writer's pictureMYB

Ernie Zakri Buktikan Kehebatan 'Hal Hebat' Bersama Govinda Di Malaysia

Setelah melancarkan single hit ‘HAL HEBAT’ PADA 22 Julai 2022 yang lalu, koloborasi bersama kumpulan dari negara seberang GOVINDA, Ernie Zakri telah membuktikan penerimaan rakyat Malaysia terhadap projek istimewa tersebut.


Paduan mantap dua negara Malaysia-Indonesia menemukan penyanyi wanita popular tanah air, Ernie Zakri dengan band muzik hebat dari seberang , Govinda dalam 'Hal Hebat'

Lagu yang menjadi siulan pendengar pendengar serta sering menjadi runut bunyi bagi video percintaan dilaman sosial TIK TOK dan majlis majlis perkahwinan ini juga telah berjaya menduduki tempat pertama beberapa carta utama di radio serta online streaming di Malaysia.


Sebagaimana yang diketahui, Hal Hebat adalah single paling hit pernah dinyanyikan oleh Govinda dengan jumlah tonton menghampiri 20 juta sejak pelancarannya kira-kira 2 tahun lalu.


Ernie Zakri

Pada tanggal 22 Ogos 2022 sehingga 27 Ogos yang lalu, Ernie Zakri bersama sama wakil daripada pihak Rocketfuel Entertainment telah diterbangkan ke Indonesia bagi mempromosikan duet tersebut di sana.


Alhamdulillah, sambutan yang di luar jangkaan saya, lagu yang diubah melodinya sedikit untuk disesuaikan dengan kehendak permintaan pendengar di Malaysia, telah pun diterima baik di negara seberang sana”. Ernie Zakri.

Pihak MyMusic Records Indonesia telah menyusun hampir 10 acara temubual di stesyen televisyen, promosi di radio serta persembahan secara ‘live’ sewaktu rangka promosi di Jakarta serta kota besar Bandung.


Govinda yang kini berada di tanah air sebagai artis jemputan khas bagi konsert sulung Ernie Zakri bersama suaminya Syamel yang berlangsung pada 23 Oktober 2022 lalu di Zepp Kuala Lumpur akan berada di tanah air sehingga tanggal 28 Oktober 2022 bagi mempromosikan single “HAL HEBAT’ di sini.


Lagu ‘Hal Hebat’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.


Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.


0 comments
bottom of page