Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) Tubuhkan Akedemi AIAC
top of page
  • Writer's pictureMYB

Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) Tubuhkan Akedemi AIAC

Bidang ADR di Malaysia dilihat memberi sinar positif dengan pelancaran Akademi AIAC (AIAC Academy) oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) (AIAC) yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati bin Samsudin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) di Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.


AIAC Academy
Majlis pelancaran Akedemi AIAC disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin (kiri) diiringi Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar (kanan) hari ini.

Akademi AIAC ditubuhkan sebagai pusat yang menyediakan kursus, bengkel dan pensijilan seperti bengkel Arbitration-In-Practice (AIP), bengkel AIAC Adjudicators Continuous Competency Development (CCD), program AIAC Certificate of Adjudication dan banyak lagi. Penubuhan Akademi AIAC adalah selari dengan mandat dalam pembinaan keupayaan dan aspirasi AIAC untuk memastikan penerusan dan pembangunan mampan dalam bidang ADR. Akademi AIAC juga adalah tambahan kepada produk-produk dan servis-servis yang ditawarkan oleh AIAC.


Pengarah AIAC, Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar dalam ucapan beliau, menyatakan AIAC berharap agar Akademi AIAC dapat memenuhi keperluan pasaran untuk Pendidikan ADR yang dinamik, mudah, praktikal, komprehensif dan berkelas dunia untuk memastikan golongan profesional ADR dengan kepakaran, pengetahuan dan kemahiran yang sebaiknya untuk mengurus sesebuah prosiding dengan efektif.

Tun Richard Malanjum, Rektor Akademi AIAC menambah,” AIAC memainkan peranan yang sama penting dalam memastikan pihak berkecuali yang dilantik memiliki kelayakan yang bersesuaian dan yang paling utama komited dalam mengikuti perkembangan terkini dalam pembangunan undang-undang, selain mahir dalam bidang undang-undang, aplikasi undang-undang, dan memiliki pemahaman dalam sisipan budaya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan serantau.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin pula menyebut bahawa beliau yakin AIAC melalui Akademi AIAC dapat merealisasikan aspirasinya dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan ADR di rantau ini.

Beliau menambah, “Melalui Akademi AIAC, komuniti ADR akan mendapat akses kepada program ADR yang komprehensif, praktikal, dinamik dan inovatif kelas pertama yang akan melengkapi mereka dengan pengetahuan spesifik industri dan praktikal yang akan membantu mereka dalam peranan mereka sebagai peguam, penimbang tara dan adjudikator di dalam prosiding.”




bottom of page