Suria FM Dan AC Gas Anjur Konsert SuriaVolusi Di Dua Lokasi
top of page
  • Writer's pictureMYB

Suria FM Dan AC Gas Anjur Konsert SuriaVolusi Di Dua Lokasi

Susulan kejayaan besar Karnival Suria Mega September lalu, Suria FM kembali untuk menawan hati pendengar sekali lagi dengan Konsert SuriaVolusi yang dinanti-nantikan pada bulan Oktober ini.


AC Gas selaku penaja utama Konsert SuriaVolusi, bakal menggegarkan dua lokasi di The Curve, Petaling Jaya serta KB Mall, Kota Bharu Kelantan pada 21 dan 28 Oktober ini.

Dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, acara menarik ini akan berlangsung di dua lokasi, bermula dengan The Curve di Petaling Jaya pada hari Sabtu, 21 Oktober 2023, diikuti KB Mall di Kota Bharu Kelantan pada Sabtu, 28 Oktober 2023. Dengan barisan artis popular dan pelbagai aktiviti menarik, konsert SuriaVolusi menjanjikan satu pengalaman hiburan yang tidak dapat dilupakan untuk semua.


Konsert SuriaVolusi di kedua-dua lokasi bakal digamatkan dengan persembahan hebat pelbagai genre dan gaya muzik, memenuhi pelbagai pilihan muzik dari barisan selebriti popular tanah air seperti Azlan dan The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Tingkat 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat, Renggo Arrow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Asraf Nasir, dan ramai lagi.



Selain dari itu, pendengar setia Suria FM turut berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan penyampai Suria FM kesayangan mereka seperti Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin.


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), “SuriaVolusi merupakan sebuah konsert hasil gabungan kerjasama Suria FM bersama AC Gas yang pastinya bakal berikan kelainan buat para pengunjung dan pendengar setia Suria FM.


Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)

“Konsert ini diadakan bertujuan untuk meluaskan lagi sasaran pendengar Suria FM khususnya di sekitar kawasan Pantai Timur kerana setelah sekian lama kami tidak menyantuni peminat di Kelantan, akhirnya ia dapat direalisasikan menerusi jalinan kerjasama padu bersama AC Gas.


"Lebih menarik, selain berhibur bersama barisan penyampai dan artis popular tanah air, terdapat juga banyak aktiviti dan hadiah yang boleh dimenangi menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.


“Juga jangan lepaskan peluang untuk membeli pelbagai set kombo barangan eksklusif Suria seperti ‘Set Berharga Suria’, ‘Set Bergaya Suria’, ‘Set Seragam Suria’, ‘Set Korporat Suria’, ‘Set Mega Suria’ juga dapatkan T-Shirt Cotton Suria edisi terbaru dan keluaran pertama, T-Shirt Polo Suria juga jersey istimewa di booth Kedai Suria sepanjang acara berlangsung!” ujar Dj Lin.


Suria FM, dengan kerjasama AC Gas, akan terus berinovasi untuk membawa sesuatu yang berbeza untuk pendengar dan peminat setianya. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang luar biasa ini dan saksikan pertunjukan muzikal yang tidak seperti yang lain.


Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

bottom of page