SURIA FM Dekati Pendengar Dalam Siri Jelajah 90' Suria Sepanjang Ogos 2022
Berkonsepkan sentuhan ‘90an’, jelajah Suria akan membuka tirai pada hari Sabtu ini, 6 Ogos di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang, diikuti Aman Central Alor Setar, Kedah pada 13 Ogos, seterusnya di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 20 Ogos dan di IOI Mall 2, Putrajaya pada 27 Ogos. Acara yang akan bermula pada jam 1.45 minit petang itu dijangka akan berakhir pada jam 6 petang membariskan lebih 33 artis popular menampilkan gabungan artis legend 90an dan juga artis baru masa kini.