SURIA FM Dekati Pendengar Dalam Siri Jelajah 90' Suria Sepanjang Ogos 2022
top of page
  • Writer's pictureMYB

SURIA FM Dekati Pendengar Dalam Siri Jelajah 90' Suria Sepanjang Ogos 2022

Berkonsepkan sentuhan ‘90an’, jelajah Suria akan membuka tirai pada hari Sabtu ini, 6 Ogos di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang, diikuti Aman Central Alor Setar, Kedah pada 13 Ogos, seterusnya di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 20 Ogos dan di IOI Mall 2, Putrajaya pada 27 Ogos.


Siri Jelajah Suria kini kembali dengan sentuhan yang berbeza, stesen radio Suria FM dengan bangganya mengumumkan pentas ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL’ bakal diadakan sepanjang Ogos ini di seluruh negara.

Acara yang akan bermula pada jam 1.45 minit petang itu dijangka akan berakhir pada jam 6 petang membariskan lebih 33 artis popular menampilkan gabungan artis legend 90an dan juga artis baru masa kini. Antaranya Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Slam, Amir Uk’s, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (Mus May), Safura, Hatta Junction, Kumpulan Boboy, Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (Lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniacks, Floor 88, Nabila Razali, Fieya Julia, Iman Troye dan ramai lagi!


Pentas siri Jelajah 90 Suria kali ini juga akan turut menjadi medan buat artis baru mempromosikan lagu mereka antaranya Farah Rose, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Aiman Zaidi dan Syeera Aziz.


Turut memeriahkan pentas jelajah ialah penyampai Suria FM yang terdiri daripada Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Anna Aljuffrey (Anna J) dan DJ Lin.


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Setelah hampir 2 tahun tidak menemui peminat sejak berlakunya pandemik Covid-19 di tanah air, kini Suria FM kembali turun padang untuk menghiburkan pendengar setia sebagai tanda terima kasih di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini” .


Ujarnya, tema siri Jelajah kali ini sejajar dengan konsep radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu lagu hit 90an selain bertujuan mengembalikan nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena.


“Banyak tarikan menarik yang menanti pengunjung antaranya sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa seperti 4 buah motosikal, 4 buah basikal lipat (folding bike), barangan elektrik, pakej percutian yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih dari RM100 ribu ringgit dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria seperti Combo Sejati, Combo Jalan Pulang, Combo Baldu biru dan banyak lagi dengan harga promosi di booth Kedai Suria pada hari Jelajah berlangsung” tambah DJ Lin.

Siri jelajah pertama akan berlansung pada 6 Ogos ini di Kuantan City Mall bakal menampilkan barisan artis-artis ternama 90an serta baru diatas satu pentas.

Jelajah kali ini turut membawakan aktiviti pentas yang lebih menarik dengan menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan juga sesi bersama pengasas produk Kak ELL yang turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa.


“Kami mengharapkan siri ‘Jelajah 90 Suria’ mendapat sambutan baik dari semua pihak dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara. Ianya adalah percuma” akhiri DJ Lin.


Maklumat lanjut, layari laman sesawang Suria di jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.


Orang ramai diminta menggunakan tanda pagar rasmi #Jelajah90Suria #Jelajah90SuriaMemangCantikKakELL #kakell #memangcantik untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.


bottom of page