ABPBH35 : Bintang Paling Popular 2023 Jadi Milik Bell Ngasri
top of page
  • Writer's pictureMYB

ABPBH35 : Bintang Paling Popular 2023 Jadi Milik Bell Ngasri

Malam kemuncak yang dinanti-nantikan bagi memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlansung untuk edisi ke-35 semalam (Jumaat), bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam di TV3 dari Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi.


Kemuncak kejayaan buat Bell Ngasri setelah bergelar sebagai penghibur selama 37tahun apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH35 malam tadi

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 menutup tirai dengan menobatkan pelakon serta pelawak senior Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular bagi tahun 2023 sekaligus mengenepikan calon selebriti popular lain seperti Aina Abdul, Meerqeen dan Anna Jobling yang dikatakan sebagai pencabar terdekat untuk memenangi kategori utama anugerah berprestij itu.


Dengan kemenangan tersebut Bell Ngasri berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah trofi, pakej menunaikan umrah selain hadiah lain sumbangan penaja utama, Fellera Skin.



Terdahulu Bell Ngasri turut memenangi kategori Artis Komedi Popular sementara Meerqeen dan Anna Jobling berjaya merangkul trofi bagi ketegori Aktres TV Lelaki dan Wanita Popular manakala penyanyi Aina Abdul menepati ramalan apabila memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular. Khai Bahar dalam pada itu merampas kembali trofi kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular setelah tewas dalam dua edisi ABPBH sebelum ini.


Sebanyak 12 kategori utama dan 7 kategori ekstra dipertandingkan untuk ABPBH edisi tahun ini . Pemilihan pemenang setiap kategori adalah berdasarkan undian dan markah tertinggi setiap kategori manakala pengiktirafan pemenang keseluruhan ABPBH 35 ini dinobatkan kepada artis yang mendapat undian dan markah juri profesional paling tinggi.

 


Berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH 35:


12 KATEGORI UTAMA


● BBNU LELAKI POPULAR : Amir Ahnaf

● BBNU WANITA POPULAR : Anna Jobling

● PENYANYI LELAKI POPULAR : Khai Bahar

● PENYANYI WANITA POPULAR : Aina Abdul

● ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR : Dolla

● AKTOR FILEM POPULAR : Beto Kusyairy

● AKTRES FILEM POPULAR : Sophia Albarakbah

● AKTOR TV POPULAR : Meerqeen

● AKTRES TV POPULAR : Anna Jobling

● PENYAMPAI RADIO POPULAR : Tyzo

● PENGACARA TV POPULAR : Elly Mazlein

● ARTIS KOMEDI POPULAR : Bell Ngasri


7 KATEGORI EKSTRA


● COUPLE TV POPULAR : Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

● COUPLE FILEM POPULAR : Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)

● DRAMA POPULAR : Melur Untuk Firdaus

● LAGU PALING BOOM POPULAR : Terus Hidup (Aina Abdul)

● CONTENT CREATOR POPULAR : Alieff Irfan

● TIKTOKERS POPULAR : Sally Whoo

● LAWAK VIRAL POPULAR : Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey



● ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 35 : Bell Ngasri

● ANUGERAH KHAS EKSPRESI LEGASI SENI ABPBH 35 : Tan Sri Michelle Yeoh

● ANUGERAH EKSPLORASI SENI ABPBH 35 : Yunalis Mat Zara’ai

 

ABPBH 35 digamatkan oleh gandingan hos Fizie Ali dan Riena Diana di acara Karpet Merah sementara gandingan Ain Edruce dan Johan sebagai hos di pentas kemuncak. ABPBH 35 turut dihangatkan dengan persembahan dari barisan selebriti popular seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Baby Shima, Aizat Amdan, Judika serta ramai lagi.


Penganjuran ABPBH memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH untuk memilih artis popular serta menyertai malam kemuncak anugerah selain menjadi platform kepada penggiat seni untuk mengetahui sejauh mana pembabitan mereka dalam industri dikenali, diiktiraf dan memberi impak kepada orang ramai. | MYBUZZ!

bottom of page