top of page

Nabila Razali, ALVN & Haziq Hussni Bersatu Dalam Siri Viu Original Terbaharu, "Sesaat Lebih"

  • Writer: MYB
    MYB
  • 3 minit lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Platform penstriman video terkemuka, Viu, sekali lagi bakal meruntun jiwa penonton menerusi siri Viu Original terbaharu mereka, "Sesaat Lebih" (Just A Little Longer), yang dijadualkan mula bersiaran pada 29 Januari 2026. Drama komedi romantik sepanjang 12 episod ini menjanjikan sebuah naskhah penuh emosi yang mengupas erti kehilangan, kekuatan diri, dan harapan baharu.


Nabila Razali, ALVN & Haziq Hussni Bersatu Dalam Siri Viu Original Terbaharu, "Sesaat Lebih"

"Sesaat Lebih" menyorot kisah tragis namun penuh harapan Adelia, watak yang dijayakan oleh pelakon dan penyanyi popular, Nabila Razali. Kehidupan Adelia sebagai wanita bekerjaya berubah sekelip mata apabila suaminya, Haoyu (lakonan ALVN), meninggal dunia secara mengejut.


Di saat Adelia bergelut membina semula hidup bersama anak perempuannya, takdir menemukan beliau semula dengan Adeef (lakonan Haziq Hussni), sahabat baik arwah suaminya sejak zaman universiti.


Nabila Razali, ALVN & Haziq Hussni Bersatu Dalam Siri Viu Original Terbaharu, "Sesaat Lebih"

Pertemuan ini bukan sahaja mengimbau kenangan lama, malah membuka lembaran perjalanan baharu dalam mencari erti kekuatan dan peluang kedua. Siri ini turut dimantapkan dengan lakonan Zila Bakarin, Hawra Jamalullail, dan Fahmy Reza.


Apa yang menjadikan naskhah ini lebih istimewa adalah kolaborasi unik ketiga-tiga teraju utamanya, Nabila Razali, ALVN, dan Haziq Hussni yang bergabung suara merakamkan lagu tema rasmi (OST) berjudul "Sampai Jumpa". Keserasian mereka bukan sahaja dapat dilihat menerusi lakonan di layar kaca, malah terserlah menerusi paduan suara dalam lagu ini.



Diarahkan oleh Riza Baharudin dengan skrip tulisan Liza Nur, drama terbitan Global Film Sdn Bhd ini bakal menemui penonton setiap hari Khamis dan Jumaat secara eksklusif di aplikasi Viu.


Komen


bottom of page