top of page

ADELYN HENG, KINI MAMPU CAPAI PENDAPATAN SEHINGGA RM50K SEBULAN SEBAGAI LIVE HOST TIK TOK

  • Writer: MYB
    MYB
  • 12 minit lalu
  • 2 min membaca

Tuah Adelyn Heng begitu memihak kepada beliau kerana berjaya diangkat sebagai Top 3 South East Asia Live Host Tik Tok. Beliau juga berjaya merangkul anugerah di Tik Tok Live Fest 2024 iaitu 2nd Runner-Up Creator Of The Year. Terdahulu beliau turut memenangi Global Best Creator Top 100 di Live Fest 2023.


Adelyn Heng
Adelyn Heng

Adelyn Heng ditemui semasa sidang media KamiSempoi baru-baru ini menyatakan sebagai Live Host Tik Tok beliau perlu menghabiskan 8 jam live sehari bagi memberikan kandungan terbaik kepada pengikutnya.


'..setiap hari saya perlu memikirkan kandungan menarik yang hendak dibuat dan setiap kandungan saya perlu memastikan pengikut memahaminya bagi mendapatkan hasil yang terbaik daripada saya'', ujar Adelyn Heng.



Beliau pada mulanya sebagai Tik Tok Live Host hanya duduk atas lantai sahaja tanpa peralatan yang lengkap, kini beliau bersyukur hasil kerasnya sebagai Live Host berbalas dan mempu meraihkan pendapatan RM50k sebulan. Beliau menyatakan kepuasan sebagai Live Host apabila pengikutnya suka akan setiap kandungan yang dibuatnya.


Sejak 3 tahun lalu berkecimpung dalam dunia penstriman langsung Tik Tok, beliau telah merasakan kerjaya sebagai Live Host ini merupakan minat beliau dan menghargai setiap pengikut beliau. Beliau juga turut turun padang bertemu dan bermesra bersama pengikutnya.


Pada awal kerjaya beliau sebagai seorang pegawai bank, namun mendapati bidang jualan produk tidak sesuai dengannya. Beliau juga pernah berniaga secara online, namun perniagaan tersebut menghadapi pelbagai cabaran dan tidak dapat diteruskan. Dalam suasana perniagaan yang perlahan sewaktu  PKP, Adelyn mengambil keputusan untuk menceburi platform TikTok sebagai penyiar langsung (live streamer) setelah direkrut oleh PakCik Chin Swee.



Tik Tok Live Fest 2024, Adelyn Heng 2nd Runner Up


PakCik Chin Swee, pengasas KamiSempoi International Agency, telah menemui Adelyn Heng melalui Instagram pada 4 Januari 2022. Ketika itu, akaun TikTok Adelyn masih tidak aktif dan hanya mempunyai 69 pengikut serta pengetahuan yang terhad mengenai platform tersebut.


Pada 4 Januari 2022, Adelyn memuat naik video pertamanya di TikTok. Sebagai rakan rasmi TikTok, KamiSempoi International Agency mengambil tanggungjawab penuh untuk membimbing dan membangunkan Adelyn sebagai penyiar baharu di platform itu.


Adelyn secara konsisten menghasilkan kandungan TikTok dan memuat naik secara berkala ke akaunnya, yang menyaksikan peningkatan pengikut dari 69 kepada 384. Pada 13 Januari 2022, beliau memulakan siaran langsung pertamanya hanya dengan satu lampu cincin sambil duduk di atas lantai. 


Dengan latihan dan bimbingan daripada agensi, Adelyn mengambil inisiatif untuk mengkaji penyiar langsung bertaraf antarabangsa bagi meningkatkan kemahirannya.


Selepas dua tahun berhadapan pelbagai cabaran sebagai penyiar langsung di TikTok, Adelyn akhirnya berjaya muncul sebagai salah seorang penyiar langsung terbaik di peringkat global.





Comments


bottom of page