top of page

‘A MAJESTIC CHRISTMAS’: Suria KLCC Bawa Magis Krismas Dengan Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia & Dekorasi Gergasi

  • Writer: MYB
    MYB
  • 3 jam lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Destinasi beli-belah ikonik ibu kota, Suria KLCC, kini bertukar wajah menjadi sebuah alam fantasi perayaan menerusi kempen terbaharunya, ‘A Majestic Christmas’. Berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, kempen tahun ini menjanjikan kelainan luar biasa dengan gabungan dekorasi memukau dan pengalaman interaktif yang belum pernah disaksikan sebelum ini.


‘A MAJESTIC CHRISTMAS’: Suria KLCC Bawa Magis Krismas Dengan Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia & Dekorasi Gergasi
Tumpuan utama dekorasi di ruangan Centre Court Suria KLCC adalah sebuah pokok Krismas bertingkat (multi-tiered Christmas tree) yang dihiasi dengan lampu dan aksesori perayaan yang indah.

Istimewa untuk sambutan tahun ini Suria KLCC telah membina Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia yang terletak di Esplanade KLCC. Tarikan unik ini telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records.


Para pengunjung berpeluang meluncur ais di bawah bayu kota sambil dikelilingi oleh pokok Krismas setinggi 80 kaki, dengan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS yang megah. Pengalaman eksklusif ini dibuka setiap hari bermula 26 November hingga 25 Disember 2025.


‘A MAJESTIC CHRISTMAS’: Suria KLCC Bawa Magis Krismas Dengan Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia & Dekorasi Gergasi
Kiri-kanan) Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd menerima pengiktirafan dari wakil The Malaysia Books of Records untuk binaan Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, menyifatkan tarikan ini sebagai usaha pusat beli-belah itu untuk menawarkan pengalaman percutian bertaraf dunia.


"Tema 'Majestic Christmas' kami tahun ini, yang diserikan dengan pokok Krismas yang memukau dan Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia yang memecahkan rekod, direka untuk menyampaikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan," kata beliau.

Di bahagian dalam pusat beli-belah, Centre Court telah diubah suai dengan hiasan gergasi yang berpusat pada sebuah pokok Krismas bertingkat (multi-tiered Christmas tree) yang dihiasi indah.


Apa yang menarik, di tingkat pertama struktur pokok ini terdapat ‘Mirror Room’, sebuah ruang imersif yang menggunakan panel pemantul untuk mencipta ilusi visual berkilauan, sesuai untuk bergambar. Menambah keunikan deria, ruang ini turut diharumkan dengan wangian elegan daripada jenama kecantikan mewah, Lancôme.


Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan Kotak Muzik Interaktif, di mana mereka boleh memilih lagu kegemaran daripada enam seleksi lagu perayaan klasik, yang akan mengaktifkan pergerakan lampu yang berkerlipan mengikut irama lagu.


‘A MAJESTIC CHRISTMAS’: Suria KLCC Bawa Magis Krismas Dengan Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama di Malaysia & Dekorasi Gergasi
Kemeriahan sambutan Krismas di Alamanda Shopping Centre di Putrajaya turut dilatari dengan dekorasi bertemakan 'Magical Christmas'

Sempena musim perayaan ini, Suria KLCC turut menawarkan Program Ganjaran Pembeli yang menarik bagi menghargai para pengunjungnya. Melalui program ini, pembeli yang membelanjakan RM500 ke atas dalam satu resit layak menerima pas eksklusif Festive Skating Experience untuk dua orang.


Manakala bagi mereka yang berbelanja lebih tinggi, iaitu RM2,500 ke atas dalam maksimum dua resit, ganjaran yang ditawarkan lebih lumayan berupa E-Baucar Beli-belah Suria KLCC bernilai RM100 berserta pas Festive Skating Experience untuk dua orang.


Kemeriahan Krismas turut dirasai di pusat beli-belah lain di bawah kumpulan yang sama. Alamanda Shopping Centre di Putrajaya membawakan tema 'Magical Christmas' dengan jualan Pin Reben Hijau bagi menyokong NGO kesihatan mental. Manakala Mesra Mall di Terengganu menampilkan dekorasi horse carousel dan menganjurkan Karnival Planet VIKids untuk kanak-kanak.



bottom of page