Bangkit Semula Dari Kegagalan, Bekas Wartawan Bangunkan Semula Produk Makanan Kesihatan
top of page
  • Writer's pictureMYB

Bangkit Semula Dari Kegagalan, Bekas Wartawan Bangunkan Semula Produk Makanan Kesihatan

Bekas wartawan, Rosnah Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Rosecun pernah pada satu ketika melaburkan setiap setiap sen wang simpanannya ketika itu dalam usaha beliau untuk membangunkan produk makanan kesihatan Amerose Super Cereal by Rosecun serta memasarkan produk tersebut ke negara Timur Tengah.


Produk makanan kesihatan Amerose Super Cereal by Rosecun

Bukan mudah untuk berjaya, setiap usaha pasti hadir bersama ujian. Begitu juga dengan Rosecun, wang simpanannya pernah licin kala berdepan dengan ujian dalam perniagaan sekitar enam tahun dahulu saat produk sulung keluarannya mula bertapak.


"Kita hanya merancang, Allah penentu yang terbaik. Produk yang sepatutnya dieksport hanya tersadai dalam kontena. Memang saya terduduk tapi saya terima dan pujuk hati," katanya.


Rezeki Allah, kini dia kembali dengan produk yang sama iaitu makanan sihat berasaskan Oat dengan teknik pembungkusan yang baharu lebih jimat.


Rosecun berkata, dia yakin bangkit semula demi mencari rezeki sebagai seorang ibu tunggal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.


"Saya bertuah ada pihak yang sudi menyokong bersama-sama membangunkan semula produk yang memang mendapat sambutan sebelum ini," katanya.


Untuk edisi terbaru produk itu didatangkan dalam bungkuasan 10 paket sedia diminum dalam setiap kotak dengan harga RM39.



Katanya, produk itu mengandungi bahan seperti Kurma, Madu, Delima, Aprikot, Ubi Bit, Chia Seed, Vitamin C & Kolagen*


Tambah Rosecun, antara khasiat Amerose Super Cereal ialah mengenyangkan perut, memberi tenaga, mengurangkan masalah sembelit, seimbangkan tahap kolestrol dan nutrisi dalam badan.


Malah, produk ini juga sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa khasnya untuk hidangan sarapan pagi.


"Kata orang sesuai untuk mereka yang mahu diet dan mereka yang punyai diabetis pun boleh minum kerana tiada kandungan gula," katanya.


Untuk orang ramai yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang produk ini boleh menghubungi Puan Rosecun dtalian 0122575917.

bottom of page