top of page
Writer's pictureMYB

Bufet Nostalgia Ramadhan Hotel IDEAS Menggamit Memori

Hotel IDEAS Kuala Lumpur menampilkan Bufet Nostalgia Ramadhan sebagai tema untuk promosi bufet iftar Ramadan hotel tersebut pada tahun ini yang akan bermula dari 24 Mac sehingga 21 April 2023, yang juga sebagai pengenalan hotel tersebut sebagai satu lokasi terbaharu hospitaliti di bandaraya Kuala Lumpur.


Ayam Panggang Morroco bersama Nasi Mandy & Sayuran Gril serta Kaki Kambing Panggang antara hidangan yang disediakan dalam Bufet Nostalgia Ramadhan, Hotel IDEAS Kuala Lumpur

Rasai pilihan hidangan Melayu tradisional dan klasik serta antarabangsa serba mewah yang disediakan hanya dengan menggunakan bahan-bahan segar dengan pelbagai gaya masakan dan penyediaan.


Imbas kembali nostalgia berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang dalam suasana selesa Restoran Citarasa, berserta layanan penuh mesra yang akan menjadikan perjalanan gastronomi buat pengunjung satu pengalaman berbuka puasa yang hebat.


Bufet Nostalgia Ramadhan menampilkan pilihan hidangan permulaan sejuk yang mewah, termasuk Roulade Salmon Salai, Udang Merah dan Kupang Hijau di atas Ais, dan pelbagai jenis potongan sejuk dengan jeruk. Gado Gado, Vadai dihiasi dengan Chili Mayo, dan pilihan menara sandwic akan menggoda selera anda.


Terdapat stesen Salad dengan pelbagai pilihan sos yang menawarkan campuran salad segar terdiri dari lobak merah, kismis, tomato ceri, timun, kentang dengan mayo, sosej Hungary dan salad pasta. Sementara itu dibahagian Kerabu & Ulaman menampilkan pelbagai jenis ulam-ulaman tradisional Malaysia antaranya Daun Pegaga, Ulam Raja, Daun Selom, Bendi Celur, Terung Celur, Kobis Putih, Kacang Panjang, Kerabu Perut, Kerabu Udang, Kerabu Betik, Kerabu Mangga, Kerabu Daging, dan Kerabu Ayam.


Bagi mereka yang menggemari makanan pedas, stesen Sambal menawarkan pelbagai jenis sambal antaranya Sambal Belacan, Sambal Hitam, Tempoyak, Cencaluk, Budu, Sambal Kicap, Air Asam, Cili Kicap, dan Sambal Thai. Manakala stesen Keropok menyajikan pelbagai pilihan snek rangup termasuk, Papadom, Rempeyek, Kerepek Pisang, Kerepek Ubi Kayu, and Maruku. Di Stesen Jeruk pula menawarkan pelbagai jenis buah jeruk, termasuk Ambra, Mangga, Cermai, Betik, dan Kelubi.


Di kiosk gerai Aksi pula menampilkan pelbagai hidangan, termasuk Pasta Bella Pasta, Pizza, Aneka Bruchetta, Ayam Bungkus, Sup Kambing Mamak, Krim Cendawan, Roti & Mentega, Yong Tau Foo & Dimsum dengan Sos dan Perasa, Campur Sate & Kebab Brazil dengan Sos Kacang, Sos BBQ Salai & Perencah, Putu Mayam Apollo & Kuih Karas Bakar, Roti John & Murtabak, Chicken Tandoori, Idli & Dhall, Char Kue Teow & Mee Pasar Malam, Goreng Pisang Cheese, Karipap, Cucur Bawang, Puri, Sambal Sardin , Mee Kari & Tomyam Hot Pot, Ayam Panggang Morroco bersama Nasi Mandy & Sayuran Gril , Kaki Kambing Panggang, Daging Rebus Sambal Kerisik Air Asam, Kentang Madras & Sos Lada Hitam, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang, Puding Roti bersama Sos Vanila.



Di Sudut BBQ pula menampilkan pelbagai hidangan panggang, termasuk Kambing Panggang dengan Sos Rosemary Pedas, Timun Raita, Sosej Ayam, Sayap Ayam, Pais Ikan dalam Kerajang Aluminium dan Ayam Percik Slipper Lobster. Stesen Sos pula menawarkan pelbagai hidangan berkuah, termasuk Nenas Oriental, Percik Kelantan, dan Sambal Kicap ABC. The Kawah station features a variety of curries, including Gulai Daging Cincang Pisang Muda, Kerutup Itik/Angsa, and Kambing Kashmiri.


Sementara itu, sudut 'on-island buffet' menampilkan masakan Melayu seperti rendang ayam minang dan sambal sotong kembang. Manakala bahagian masakan Cina menyajikan masakan udang goreng dengan telur masin dan kacang merah rebus dengan kulat hitam. Bahagian masakan Barat pula menampilkan kentang au-gratin serta lasagna.


Bahagian pencuci mulut pula menyajikan 'chocolate fountain' , pilihan pastri kecil Perancis dan potongan kek serta banyak lagi. Tidak dilupakan Air Batu Campur dengan 60 pilihan perasa, 3 jenis aiskrim dan minuman seperti katira, majito, air jagung, lemon tea, dan banyak lagi.


Tersedia setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam di Restoran Citarasa dan Batu Road Ballroom. Harga promosi 'early bird' yang ditawarkan bermula dari RM119 seorang bermula dari 20/2/2023 sehingga 20/3/2023 hanya di BATU ROAD BALLROOM


Tempat solat untuk muslimin & muslimat turut disediakan. Solat Tarawih akan diimamkan oleh Ustaz yang dibawakan khas sepanjang bulan Ramadhan. Kali ini Hotel IDEAS , menyediakan 2 lokasi buffet iftar iaitu di Restoran Citarasa dan di Batu Road Ballroom.



Harga bufet adalah seperti berikut:


ROAD BATU BALL ROOM, Dewasa: RM 148 bersih, Kanak-kanak : RM 74 bersih

RESTORAN CITARASA, Dewasa : RM168 bersih, Kanak-kanak : RM84 bersih

Diskaun 15% untuk pemegang kad kredit maybank sahaja


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Restoran Citarasa di

6017-8846552 atau e-mel : rsvn.fnb@ideaskl.com


コメント


bottom of page