The Curve Jadi Port Burger Lejen, Ribuan Dijangka Serbu Burger Festival 2025
- MYB
- 9 minit lalu
- 2 min membaca
Selangor – Peminat burger seluruh Lembah Klang bakal ‘meletup’ hujung minggu ini apabila The Curve, Mutiara Damansara bertukar menjadi syurga burger sempena Burger Festival 2025, yang berlangsung dari 7 hingga 9 November. Festival anjuran the Curve dengan kerjasama AK Events ini menjanjikan gabungan aroma grill, muzik live, aktiviti interaktif serta deretan vendor burger legenda dari seluruh negara.

Antara jenama besar yang menyertai festival ini termasuk Richeese Factory, JnC Burger, Double Cheese Please, dan Ten KL, di samping lineup “Burger Legends” hasil kolaborasi dengan ieatBurgers by FriedChillies. Antara nama yang bakal menggamatkan suasana ialah Pitboy BBQ, Pak Nik Burger, Mean Mince, Bones Burger, Kaw Kaw Burger, Burger Bakar Besar (BBB) dan Burn Bite’s, semuanya terkenal dengan gaya dan resipi tersendiri.

Dari burger jalanan berjus hingga pastrami gaya antarabangsa, festival ini menawarkan pelbagai pilihan dengan harga antara RM10 hingga RM40, malah ada vendor yang memberi diskaun sehingga 30%. Pendek kata, datanglah dengan perut kosong!
Daripada burger bakar tepi jalan hingga pastrami gaya barat, semuanya ada! Harga bermula RM10 – RM40 dengan diskaun hingga 30% sepanjang festival.
Pengunjung juga boleh sertai cabaran menarik:
🍔 Eat Like A King (Richeese Factory) – siapa paling banyak boleh makan burger!
💪 The Great Burger Battle (BBB) – siapa paling pantas habiskan Giant Burger!
🌶️ Burner Burger Challenge (Pak Nik Burger) – untuk yang tahan pedas berapi!
Selain makanan, ada juga aktiviti keluarga seperti Little Chef Workshop, Colour My Burger Contest, dan muzik live sepanjang hari.
Pengunjung disarankan tidak melepaskan peluang mencuba beberapa ciptaan burger paling ikonik di Malaysia. Antaranya:
Pak Nik Burger – “Burger Kahwin Dua” Gabungan daging lembu dan kambing bersama cheese leleh. Sekali ngap, terus jatuh cinta!
Pitboy BBQ – “Pastrami Burger”Smoked pastrami premium yang dimasak perlahan oleh Chef Arizal. Rasa macam makan kat luar negara!
Mean Mince – “The Motz”Smash burger simple tapi padu dengan caramelised onions dan cheese cair.
Bones Burger – “The OG Beef”Dibakar atas arang oleh John Fugu sendiri — artisan burger yang tak main-main.
Kaw Kaw Burger – “Beef Baconizer”Burger lejen yang tinggi bertingkat, kaya dengan beef bacon lembut dan sos rahsia.
Burger Bakar Besar – “Giant Smashed Burger” & “Zing Crispy Chicken”500 gram burger gergasi! Ayamnya pula rangup dan juicy. Makan sorang pun cukup.
Burn Bite’s – “Burger Bakar Classic”Nostalgia burger old-school yang mengimbau zaman abang-abang tepi jalan.
Double Cheese Please – “Old School Smash Burger”Rasa klasik, tepi rangup, cheese cair, memang buat nak repeat order.
Setiap vendor membawa personaliti unik, ada yang retro, ada yang hipster, ada yang kekal old-school. Tapi semuanya punya satu misi: menghidupkan semula semangat burger Malaysia.
Untuk info lanjut dan update terkini, layari Instagram @thecurve_official, @lovefoodfest.my, dan @friedchillies































