• MYB

Cara Untuk Mengelak Diri Anda Digodam: 5 Petua Keselamatan Internet Daripada OctaFX

Siapakah yang anda akan salahkan jika satu hari anda bangun tanpa pekerjaan dan tanpa wang dalam bank anda? Diri sendiri. Hal ini sekiranya anda tidak mengikuti petua keselamatan internet. Broker global Octa FX menggariskan perkara utama yang boleh buat dan tidak boleh untuk berada dengan selamat dalam talian.

Berlakunya peningkatan kes penipu di internet pada setiap tahun dan skim penipuan mereka yang semakin canggih, agak sukar untuk mengelak daripada digodam atau ditipu. Walau bagaimanapun, broker global OctaFX mengetahui cara melindungi maklumat sensitif anda daripada dicuri. Syarikat sudi berkongsi beberapa petua keselamatan internet yang paling penting. Tetapi, mula-mula, ikuti satu cerita pendek.


Ini Amir. Dia adalah pengguna biasa kedai dalam talian.Beberapa ketika dahulu, Amir. mendaftar akaun dengan salah satu kedai tersebut. Semasa mendaftar, dia telah menggunakan alamat e-mel tempat kerjanya dengan kata laluan yang dia gunakan sewenang-wenangnya di mana-mana sahaja: Qwerty123. Dia membuat pembelian di laman web menggunakan kad banknya, dan kemudian menambah ke akaunnya.

Dua minggu kemudian, Amir memutuskan untuk membuat semakan aplikasi perbankannya untuk pembelian baharu dalam talian yang akan dilakukan di sebelah petang. Dia terperanjat kerana mendapati gajinya masih belum dimasukkan ke dalam akaunnya. Dia terperanjat setelah menyemak sejarah transaksi kad banknya. Ini kerana terdapat pembelian sebanyak $500 yang tidak pernah dibuat olehnya. Ada seseorang telah membeli telefon pintar di laman web yang pernah dia daftar pada dua minggu lalu. Tambahan pula, telefon pintar tersebut telah pun diambil dari salah satu cawangan kedai di bandar.

Akibat ini, Amir berasa amat kecewa. Tetapi ini baharu permulaan kepada semua nasib malangnya. Secara tiba-tiba rakan sekerjanya memberitahu, ‘Amir, awak menjual pangkalan data pelanggan kita di internet? Terdapat nama engkau di sana!’ Ini membuatkan Amir tergamam. Belum sempat Amir berkata apa-apa, dia dapati bosnya berada di hadapannya yang telah bersedia untuk memaki hamunnya dengan jegilannya. ‘Awak dipecat!’ adalah ayat terakhir Amir dengar sebelum dia tidak sedarkan diri dan terus….tersedar.

‘Phew…Ia hanya mimpi,’ Amir berkata pada dirinya. ‘ Tetapi bagaimanakah ini boleh berlaku?’

Mari kita menganalisis kes Amir. Perkara pertama yang salah dilakukannya adalah mendaftar di mana-mana sahaja dengan menggunakan alamat e-mel tempat kerja. Sementara sesetengah daripada kita bekerja keras sehingga takat mencampurkan kehidupan dan kerja , adalah tidak profesional serta berbahaya menggunakan e-mel tempat kerja untuk kegunaan peribadi.

Kesalahan kedua yang dilakukan oleh Amir adalah tentang kata laluan. Kata laluannya terlalu mudah digodam kerana ia merupakan antara kata laluan paling biasa digunakan di dunia. Amir perlu menjadi lebih kreatif dalam menetapkan kata laluan, atau menggunakan penjana kata laluan. Namun, kata laluan yang dipilihnya masih seperti ‘Amir123 yang masih tidak begitu kukuh. Kata laluan yang seperti B{6{2BP2vG’ adalah yang terbaik.

Selain itu kesalahan Amir yang lain adalah Amir menggunakan kata laluan yang sama untuk diguna pakai dimana-mana sahaja. Walaupun anda menggunakan kata laluan amat kompleks, seseorang munkin dapat melihatnya di nota di atas meja anda atau dalam halaman ‘saved password’ di komputer yang anda hanya guna sekali sahaja. Jika mereka menggunakannya, mereka mungkin menggodam semua akaun anda sekali gus.

Kesalahan keempat Amir pula adalah menambahkan kad bank ke akaun dia di kedai. Penggodam menggunakan ini untuk kelebihan mereka dengan mendapatkan telefon pintar baharu. Oleh kerana kad itu adalah kad bank utama Amir menjadikan ia lebih buruk – ini bermakna Amir mempunyai kesemua wangnya dalam kad tersebut.

Kita boleh andaikan bahawa Amir melakukan kesalahan terakhir semasa melayari internet. Dia berkemungkinan menggunakan sambungan internet yang tidak selamat atau hanya memuat turun beberapa perisian hasad, menjadikan mudah menggodam akaunnya. Sebagai alternatif, memandangkan kata laluannya yang sangat biasa, ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mengetahui alamat e-melnya, malah pesaing syarikat tempat dia bekerja.

Maka berikut adalah lima petua keselamatan daripada OctaFX untuk setiap pengguna internet patut ketahui:


  • Jangan menggunakan alamat e-mel kerja anda untuk kegunaan peribadi. Sebaik-baiknya, gunakan berbilang alamat e-mel peribadi.

  • Selalu menggunakan kata laluan yang teguh. Banyak kata laluan yang teguh. Paling sesuai pastikan setiap akaun anda mempunyai kata laluan sendiri. Gunakan pengurus kata laluan seperti KeePass,untuk menyimpan kata laluan anda.

  • Jangan simpan kad bank dengan mana-mana kedai dalam talian. Apabila membeli sesuatu di internet, pastikan laman yang anda gunakan boleh dipercayai dan selamat.

  • Jangan gunakan Wi-Fi awam atau mana-mana rangkaian awam lain apabila log masuk ke akaun penting.

  • Jangan ikuti pautan yang mencurigakan dan jangan muat turun lampiran daripada e-mel yang mencurigakan yang anda belum pernah lihat.

Setelah mempelajari mengenai petua di atas, Amir ketahui bagaimana untuk melindungi dirinya daripada penipu dan penggodam di internet. Lebih lagi, dia membantu syarikatnya melaksanakan langkah-langkah penting keselamatan dan mendapat promosi.

Kekal selamat semasa melayari di internet dan jangan lupa kata laluan baharu anda! Di lain kali, kami akan meneroka dunia penipuan dan pancingan data dalam talian serta cara mengenal pastinya.

OctaFX merupakan broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan semua yang diperlukan untuk seseorang mencapai matlamat pelaburan mereka, menyediakan keadaan terbaik yang telah sedia digunakan oleh pelanggan dari lebih 150 negara di seluruh dunia.


Syarikat terbabit dalam jaringan komprehensif amal dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan jangka pendek, menyokong komuniti tempatan dan perusahaan kecil sederhana.

Seperkara lagi, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 45 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' 2021 daripada Kajian Perbankan & Kewangan Global dan anugerah 'Broker ECN Terbaik' 2021 oleh Kewangan Dunia.


0 comments