Cili Kampung Hartamas Saji Keunikan Rasa Asli Masakan Negri Sembilan Ramadan Ini
top of page
  • Writer's pictureMYB

Cili Kampung Hartamas Saji Keunikan Rasa Asli Masakan Negri Sembilan Ramadan Ini

Jika anda meminati masakan asli Melayu, terutamanya masakan asal Negeri Sembilan, tiada tempat yang lebih baik untuk anda nikmati kepelbagaian masakan enak pada Ramadan kali ini selain di Restoran Cili Kampung Hartamas. Bufet Berbuka Puasa di sini bermula dari setiap hari dari dari 8 April hingga 1 Mei 2022.



Nikmati hamparan pelbagai hidangan istimewa klasik lagi asli secara bufet pada harga RM148 untuk dewasa & RM88 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Semua sajian didalam menu harian bufet disini disediakan segar dengan bahan-bahan tempatan terpilih, oleh Chef Bob yang berpengalaman luas dalam bidang F&B dan penyediaan kulinari Melayu. Sambil menjamu selera, pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan perkusi Melayu.


Antara pilihan menu yang terdapat dalam bufet yang menjadi pilihan adalah seperti Masak Lomak Daging Salai, Masak Lomak Ayam , Masak Kicap Daging , Sambal Cili Api Sotong, Sambal Petai Udang, Asam Pedas Tetel, Ayam dan Ikan serta seleksi ulam-ulaman segar. Restoran Cili Kampung Hartamas turut menyediakan menu istimewa seperti Nasi Saffron , Kambing Golek selain Rendang Kawah Minang, Rojak Buah, Satay, Ais kacang, serta pelbagai jenis manisan warisan Malayu seperti Pengat Pisang, Bubur Kacang dan Serawa termasuk minuman panas seperti kopi , teh tarik serta pilihan jus segar.


Pilihan menu menarik mengisi hamparan bufet berbuka puasa di Cili Kampung Hartamas



Menjadi antara jenama restoran Melayu terbaik di Malaysia, Cili Kampung Hartamas diasaskan oleh Ruzliza Binti Yahya (Mama) dan Kamarul Ariffin Bin Ishak (Along) di Langkawi lebih 5 tahun lalu, dan mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan penggemar makanan terdiri dari selebriti terkemuka serta VIP.


Cawangan Cili Kampung Hartamas terletak di Hartamas Walk, Pusat Beli-belah Hartamas dimiliki dan dikendalikan oleh tiga rakan kongsi; Anwar Azeez, Kesavan Purusotman dan Khairil Izwan Bin Abd Rahim, yang menubuhkan restoran separa mewah yang bergaya dan santai di Kuala Lumpur sejak 6 bulan lalu, dengan hasrat untuk membawa pengalaman makanan tempatan yang premium kepada penduduk bandaraya Kuala Lumpur .


Restoran ini boleh memuatkan sehingga 100 orang dibahagi dalam tiga ruangan utama; Ruangan A (48 tetamu), Ruangan B (33 tetamu) dan Ruangan VIP (14 tetamu). Sementara itu ruangan makan peribadi yang baru akan dibuka pada bulan April nanti dapat menampung sehingg 50 orang tetamu . Restoran Cili Kampung turut menawarkan pesanan (ambil sendiri) bagimereka yang memilih berbuka puasa dirumah.


Restoran Cili Kampung Hartamas mempunyai harapan besar untuk menjadi destinasi pilihan utama penggemar masakan Melayu yang benar-benar asli di bandaraya Kuala Lumpur. Untuk Orang ramai boleh membuat tempahan dan pesanan melalui talian 014-965 6124 serta di laman sesawang https://letsumai.com/widget/cili-kampung



Lokasi:


Lot No V-02, Hartamas Walk,

Hartamas Shopping Centre,

Jalan Sri Hartamas 1,

Taman Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur



bottom of page