top of page

Sentuhan Mushaf Terengganu: Siti Khadijah Tampil Klasik Dengan Koleksi Ramadan & Raya 2026 'MUSHAFE'

  • Writer: MYB
    MYB
  • 17 jam lalu
  • 2 min membaca

PUTRAJAYA – Jenama perintis busana ibadah premium tanah air, Siti Khadijah, menutup tirai tahun ini dengan melancarkan koleksi Ramadan dan Raya 2026 yang mengangkat martabat seni warisan Islam menerusi sentuhan estetik Nusantara.


Sentuhan Mushaf Terengganu: Siti Khadijah Tampil Klasik Dengan Koleksi Ramadan & Raya 2026 'MUSHAFE'
MUSHAFE – Warisan Darul Iman, lahir daripada inspirasi Mushaf Terengganu yang memancarkan kehalusan seni, kekayaan sejarah dan budaya Melayu-Islam.

Dilancarkan bersempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025 yang berlansung baru-baru ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), koleksi yang diberi nama MUSHAFE - Warisan Darul Iman ini mencedok inspirasi daripada keindahan manuskrip Al-Quran Mushaf Terengganu yang kaya dengan nilai sejarah dan budaya.


Koleksi MUSHAFE menzahirkan kehalusan seni dengan mengembalikan nostalgia rekaan Baju Kurung Kedah yang malar segar. Selain itu, memenuhi citarasa wanita moden, Siti Khadijah turut memperkenalkan rekaan abaya one-piece inovatif yang tidak memerlukan pemakaian inner dan outer secara berasingan.


Sentuhan Mushaf Terengganu: Siti Khadijah Tampil Klasik Dengan Koleksi Ramadan & Raya 2026 'MUSHAFE'
Gabungan tradisi dan praktikaliti moden dalam koleksi 'MUSHAFE' - Ramadan dan Raya 2026 Siti Khadijah

Bagi kaum Adam, jenama ini memperkenalkan koleksi TEMAN yang menampilkan kurta dengan potongan leher kolar berlapis sebagai tanda dagang baharu, dipadankan dengan seluar pinggang boleh laras serta kain pelikat bertekstur jacquard bermotifkan huruf 'T'.


Hadir dalam palet warna pastel yang lembut, keseluruhan koleksi ini menggunakan fabrik premium seperti Jacquard Voile, Matte Satin Square, dan Pima Cotton bagi menjamin keselesaan optimum.


Sentuhan Mushaf Terengganu: Siti Khadijah Tampil Klasik Dengan Koleksi Ramadan & Raya 2026 'MUSHAFE'
Amyra Rosli & Amar Baharin teruja dilantik sebagai wajah rasmi kempen Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026

Memeriahkan lagi sambutan lebaran 2026, Siti Khadijah mengumumkan pasangan selebriti romantis, Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya. Pemilihan mereka dilihat selari dengan nilai kekeluargaan dan kesederhanaan yang menjadi tunjang jenama tersebut.


Sentuhan Mushaf Terengganu: Siti Khadijah Tampil Klasik Dengan Koleksi Ramadan & Raya 2026 'MUSHAFE'
Siti Khadijah turut melancarkan Telekung Basic terbaharu yang boleh didapati pada harga rahmah RM188.

Selain fesyen, Siti Khadijah turut membawa mesej kerohanian menerusi kempen 'JEDA - Damai Dalam Waktu', satu ajakan buat masyarakat untuk berhenti sejenak dari kesibukan dunia dan kembali mencari ketenangan diri serta Ilahi.


Berita baik buat peminat telekung, jenama ini turut melancarkan Telekung Basic baharu pada harga rahmah RM188 yang didatangkan lengkap dengan kotak eksklusif, sesuai dijadikan hadiah atau hantaran. Koleksi ini kini boleh didapati di semua butik dan laman sesawang rasmi Siti Khadijah.



Komen


bottom of page