top of page
Writer's pictureMYB

D'HERBS Rancang Tubuh Akedemi DSS Untuk Lahirkan Golongan Usahawan Muda

Selama14 tahun dikenali sebagai jenama No. 1 di Malaysia, jenama D'herbs menjadi tumpuan dengan hashtag TERLAJAK LARIS, giat dalam usaha memastikan legasi perniagaan ini masih kekal bertahan sehingga kini.


D'Herbs
Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid

Mengorak langkah positif untuk tahun 2022, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid berhasrat untuk terus membantu mereka yang berjaya di dalam perniagaan dengan perancangan untuk menubuhkan Akademi DSS (Datin Seri Shahida) yang bakal dilancarkan pada tahun ini.


Akademi DSS ini akan mensasarkan golongan belia dan remaja yang ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula/mengembangkan perniagaan mereka. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda di luar sana.

Pengasasnya, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid memberitahu perkara ini kepada media, sewaktu majlis makan malam yang dianjurkan bagi menghargai segala usaha stokis/pengedar yang lebih dikenali sebagai MP yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada perniagaan mereka.


D'herbs mengukuhkan lagi penguasaan dalam bidang kosmetik dengan penghasilan jenama AS Legacy pada tahun 2018 dan terbukti melahirkan usahawan yang bergelar jutawan. Jenama AS Legacy ini memberikan impak 'branding' yang sangat besar sehingga mampu menawan pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia dalam masa sebulan sahaja selepas dipasarkan.


Legasi dua pasangan terhebat ini diteruskan dengan melakukan kejutan menembusi pasaran fesyen sehingga terhasilnya AS Hijab pada tahun 2020 dikala pasaran terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Keberanian ini membuahkan hasil sehingga AS Hijab juga berjaya dipasarkan sehingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia dan menjadi antara pilihan ramai dalam pasaran hijab di Malaysia.


Dengan adanya tiga jenama ini, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid bukan sahaja mensasarkan pengguna/pelanggan daripada golongan B40 seperti sebelumnya, tetapi telah berjaya menarik minat golongan M40 dan T20.



Kommentare


bottom of page