top of page

Datuk Rosyam Nor Selamatkan 'Dompet' Warga KL, Buka ST Rosyam Mart Ke-9 Di Jakel Square Kuala Lumpur

  • Writer: MYB
    MYB
  • 4 hari lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Ikon seni tanah air yang juga usahawan berjaya, Datuk Rosyam Nor, terus melebarkan empayar perniagaannya dengan pembukaan rasmi cawangan kesembilan ST Rosyam Mart yang bertempat di lokasi strategik Jakel Square, Kuala Lumpur.


Datuk Rosyam Nor Selamatkan 'Dompet' Warga KL, Buka ST Rosyam Mart Ke-9 Di Jakel Square Kuala Lumpur
ST Rosyam Mart ‘Selamatkan Dompet Warga KL’ dengan pembukaan pasar raya borong 24 jam ST Rosyam Mart Jakel Square, KL. Dari kiri: Pengarah Kumpulan Sri Ternak, Willem Ho; Pengarah Eksekutif Kumpulan Sri Ternak, Alan Ho; Pengarah Eksekutif Kumpulan Jakel, Dato’ Mohamed Nizam Mohamed Jakel; Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor; Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Datuk Azman bin Bidin; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann; Pengasas Kumpulan Sri Ternak, Encik Ho Ah Chai; dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee bin Hj Adam.

Menerusi kerjasama dengan Sri Ternak Group, pembukaan pasar raya borong 24 jam ini bukan sekadar satu lagi fasiliti beli-belah, malah ia hadir dengan misi besar iaitu inisiatif "Selamatkan Dompet Warga KL". Inisiatif ini dirangka khusus untuk membantu warga kota mendapatkan barangan keperluan harian berkualiti tanpa membebankan kewangan mereka.


Selaku Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor menegaskan bahawa slogan ikoniknya, “Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat,” adalah satu janji yang digenggam erat.


"Kehidupan di Kuala Lumpur boleh menjadi mahal, dan kami mahu menjadikan barangan keperluan harian lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua," ujar beliau ketika majlis pelancaran tersebut.
Datuk Rosyam Nor Selamatkan 'Dompet' Warga KL, Buka ST Rosyam Mart Ke-9 Di Jakel Square Kuala Lumpur
Penuh Sesak: ST Rosyam Mart, Jakel Square, Kuala Lumpur, diserbu orang ramai pada hari pertama pembukaan

Rosyam turut berharap cawangan seluas lebih 40,000 kaki persegi ini menjadi lokasi sehenti yang selesa untuk keluarga dan pekerja berehat, menjamu selera, dan membeli-belah pada bila-bila masa sepanjang hari.



Apa yang lebih menarik perhatian penggemar hiburan, cawangan Jakel Square ini menampilkan Celebrity Corner yang telah dinaik taraf dengan wajah baharu. Ruang eksklusif ini membariskan produk jenama selebriti popular tanah air termasuk Datuk Chef Wan, Dato’ Seri Aliff Syukri, Khai Bahar, Fizo Omar, Betty Rahmad, Fouziah Gous, dan ramai lagi.


Datuk Rosyam Nor Selamatkan 'Dompet' Warga KL, Buka ST Rosyam Mart Ke-9 Di Jakel Square Kuala Lumpur
ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur, memperkenalkan ‘Malaysia Selection’ yang pertama untuk pembeli tempatan dan pelancong.

Selain itu, buat julung kalinya, ST Rosyam Mart memperkenalkan ruang Malaysia Selection yang memartabatkan produk buatan Malaysia seperti snek, minuman, dan cenderamata, sesuai untuk kunjungan pelancong di ibu kota.


Sempena pembukaan gilang-gemilang ini, pengunjung disajikan dengan tawaran luar biasa bermula 17 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026. Antara yang menjadi tumpuan adalah tawaran seekor ayam pada harga serendah RM0.88 bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli ST. Terdapat juga lebih 220 barangan runcit lain yang ditawarkan dengan harga serendah RM0.08.


Datuk Rosyam Nor Selamatkan 'Dompet' Warga KL, Buka ST Rosyam Mart Ke-9 Di Jakel Square Kuala Lumpur
Salah satu tawaran istimewa sempena Pembukaan Besar ST Rosyam Mart, Jakel Square: Ayam segar pada harga RM0.88 seekor.

Orang ramai, khususnya pencipta kandungan, turut dipelawa menyertai peraduan "Misi Mencari Raja Konten" yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk pemenang utama, serta peluang bekerjasama dengan Datuk Rosyam Nor sendiri.


Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman bin Bidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann.



bottom of page