top of page

Genovasi & SIA Jalin Kerjasama Strategik, Tawar Program Keusahawanan Atas Talian

  • Writer: MYB
    MYB
  • 2 minit lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Genovasi Centre For Higher Learning (GCHL) dan Sun International Academy (SIA) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi memperkasa modal insan negara menerusi pendidikan keusahawanan yang fleksibel dan berimpak tinggi.


Genovasi & SIA Jalin Kerjasama Strategik, Tawar Program Keusahawanan Atas Talian

Kerjasama ini memperkenalkan penawaran program Diploma Profesional, Sarjana Muda, dan Sarjana dalam bidang Keusahawanan, Kewangan, dan Kepimpinan secara atas talian. Program jangka pendek selama enam hingga 12 bulan ini terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan turut disokong oleh Worldclass Trade & Development Berhad selaku rakan strategik.


Inisiatif ini dirangka khusus sebagai respons terhadap realiti ekonomi semasa, di mana ramai pemegang diploma dan ijazah masih bergelut mendapatkan pekerjaan stabil atau membina perniagaan yang menguntungkan. Lebih membimbangkan, terdapat golongan bekerja yang terjerumus dalam kategori 'miskin bandar' akibat pendapatan yang terhad.


Melalui gabungan kepakaran Genovasi yang berteraskan inovasi dan pendekatan praktikal SIA, program ini bermatlamat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi berdaya saing dalam dunia sebenar.


Genovasi & SIA Jalin Kerjasama Strategik, Tawar Program Keusahawanan Atas Talian

Tunjang utama kerjasama ini adalah pelaksanaan Program Usahawan Academy S.I.A (PUAS). Menerusi PUAS, pelajar tidak sekadar diajar teori, tetapi dibimbing secara sistematik untuk menjana pendapatan sebenar dan membina perniagaan yang mampan.


"Sun International Academy akan memastikan setiap pelajar bukan sahaja memperolehi Sijil Profesional Diploma Keusahawanan dari GENOVASI tetapi juga kemahiran sebenar untuk menjadi usahawan inovatif," menurut kenyataan tersebut.

SIA menegaskan komitmen mereka untuk mengubah landskap pendidikan daripada sekadar platform akademik kepada satu transformasi sebenar yang memberi impak sosio-ekonomi kepada komuniti dan negara.


Antara tetamu kehormat yang disenaraikan hadir ke majlis tersebut termasuk Prof. Dr. Thomas Leong (CEO Genovasi), Dato’ Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim (CEO Worldclass Trade & Development), dan Master Jamal Hj No (Prinsipal SIA).



bottom of page