Dekorasi "Gingerbread Christmas Village" Hiasi Kemeriahan Sambutan Hari Natal Di Suria KLCC
top of page
  • Writer's pictureMYB

Dekorasi "Gingerbread Christmas Village" Hiasi Kemeriahan Sambutan Hari Natal Di Suria KLCC

Suria KLCC baru-baru ini melancarkan sambutan Hari Natal 2023 yang indah dan penuh magis bertemakan "Gingerbread Christmas Village". Destinasi membeli-belah ternama ini kini menyajikan kemeriahan perayaan Hari Natal dengan dekorasi yang terinspirasi daripada biskut dan rumah 'Gingerbread'. Pengunjung dijemput untuk merasai dunia magis dalam Gingerbread Christmas Village yang menakjubkan di Suria KLCC.


Suria KLCC
Bahagian Centre Court Suria KLCC berubah menjadi perkampungan biskut "Gingerbread" yang menjadi sebahagian dari juadah tradisi sempena sambutan Hari Natal

Di perkarangan Centre Court Suria KLCC, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai binaan yang memukau yang terinspirasi gula 'icing' dan gula-gula berwarna-warni. Dekorasi utama yang menjadi tumpuan adalah menara jam interaktif - Gingerbread Clock Tower di mana 'Gingerbread Man' akan menari setiap kali musik perayaan Krismas dimainkan. Pengunjung juga dapat merasai pengalaman yang unik dan menarik di 'Gingerbread Toyshop' yang dilengkapi dengan photobooth untuk mencipta kenangan yang indah.


Selain dari dekorasi yang menakjubkan, para pengunjung juga berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna kepada yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh diperolehi dengan pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan menerusi pembelian ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental. Suria KLCC turut menderma RM3,000 kepada Yayasan 'Dignity for Children' sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial dan korporat.


Para pengunjung di Suria KLCC berpeluang untuk menyertai Kuiz 'Gingerbread Man Personality' yang akan membantu mereka menyingkap sifat dan karakter unik mereka. Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta juga akan menerima pin edisi terhad 'Gingerbread Man'.



Sambutan di Suria KLCC akan menjadi lebih meriah menjelang hujung minggu dan juga pada Hari Natal dengan kedatangan 'Santa Claus' dan 'Ms. Claus'. Pengunjung akan berpeluang berjumpa dan berinteraksi dengan Santa Claus yang akrab, serta menikmati semua kegembiraan yang terjadi semasa musim perayaan ini.


Bagi pencinta biskut Krismas, 'Gingerbread Bakery & Candy Shop' juga menyediakan peluang untuk mendekorasi biskut yang menarik dan unik. Pengunjung dapat membawa pulang hasil kreasi mereka sebagai hadiah atau untuk merayakan perayaan dengan keluarga dan rakan-rakan.


Di Esplanade KLCC, pengunjung akan dikagumi dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang merupakan yang tertinggi di Malaysia. Pokok Krismas ini dilengkapkan dengan perhiasan bertemakan 'Gingerbread' yang menambahkan keindahan dan keajaiban sambutan ini.


Bagi pengunjung setia Suria KLCC, terdapat tawaran istimewa yang menanti mereka. Dengan pembelian melebihi RM1,500 melalui 2 resit, pengunjung akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC bernilai RM100. Ini adalah satu tawaran khas bagi mereka yang ingin melengkapkan perayaan Natal dengan membeli-belah di Suria KLCC.


Sementara itu, tema 'Gingerbread Christmas Village' turut memukau pengunjung di Alamanda Putrajaya. Pengunjung akan dimanjakan dengan dekorasi perayaan yang menarik serta dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti hiburan yang menarik.



Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman juga menyediakan sambutan cuti akhir tahun yang menarik dengan persembahan dan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Bengkel Sains VIKids yang berkonsepkan makmal mini akan memberikan pengalaman interaktif kepada kanak-kanak, manakala ibu bapa mereka boleh mengambil bahagian dalam bengkel tanah liat 'Gingerbread' yang mengasah kreativiti mereka.


Secara keseluruhannya, sambutan Natal di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, dan Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman menutup tahun 2023 dengan keindahan, kemeriahan, dan kegembiraan. Tema 'Gingerbread Christmas Village' memberikan sentuhan magis yang tidak akan dilupakan oleh pengunjung. Mari rayakan sambutan Natal di Suria KLCC dan nikmati perayaan dengan keluarga dan rakan-rakan.



bottom of page