DJI Buka Pusat Servis Dan Pengalaman Pelanggan Premium Kedua di Pusat Beli-Belah One Utama
top of page
  • Writer's pictureMYB

DJI Buka Pusat Servis Dan Pengalaman Pelanggan Premium Kedua di Pusat Beli-Belah One Utama

DJI, peneraju global dalam membangun dan mengeluarkan dron awam serta teknologi kamera kreatif untuk kegunaan peribadi dan profesional, menyambut tahun baharu dengan penuh semangat dengan pelancaran Pusat Servis dan Setor Pengalaman Premium DJI terbaharunya di Pusat Beli-belah One Utama , Petaling Jaya hujung minggu lalu.



Pembukaan cawangan terbaru ini merupakan rentetan kepada pelancaran Setor Pengalaman Premium DJI yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini, dimana pusat sehenti itu menawarkan pengalaman pelanggan DJl secara holistik untuk kemudahan dan perkhidmatannya di bawah satu bumbung.


Memilih 1Utama, pusat beli-belah terbesar di Lembah Klang, Pusat Servis dan Setor Pengalaman Premium DJI terbaru ini terletak di Lot LG 343A premis tersebut, kini sedia menerima kehadiran pengunjung serta peminat aksesori dan dron . Berkeluasan 543 kaki persegi, Pusat Servis DJI tersebut merupakan pusat yang pertama yang merangkumi perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan membawa masuk gajet DJI mereka untuk penyelenggaraan, pembaikan atau penggantian alat ganti.


Kredit foto : FB/DJI Malaysia


Pelanggan Pusat Servis dan Setor Pengalaman Premium DJI akan dapat merasai sendiri pengalaman mengendalikan produk DJl dalam suasana yang mengasyikkan. Selain bertindak sebagai Pusat Servis ini turut mempamerkan rangkaian luas dron kamera DJI termasuk siri DJI Mavic, siri Air, siri Mini dan DJI FPV, dimana pelanggan sendiri boleh menguji peralatan dron yang telah memenangi anugerah bersama pakar DJI di lapangan untuk bantuan demonstrasi asas, panduan dan maklumat produk .


Dengan peningkatan jumlah pengguna yang meminati bidang fotografi dalam kehidupan seharian mereka serta pertumbuhan yang stabil dalam permintaan tempatan untuk dron, kamera aksi dan penstabil telefon pintar, kedai premium baharu ini bakal melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan penting dalam fotografi dan operasi dron serta kakitangan berdedikasi untuk membantu pengguna mencari peralatan yang sempurna untuk memenuhi keperluan mereka.


“Pembukaan Pusat Servis dan Setor Pengalaman Premium DJI ini adalah bukti usaha berterusan kami untuk mengembangkan perniagaan kami di Malaysia. Walaupun matlamat kami adalah untuk menjadikan produk DJI kami yang telah banyak memenangi anugerah ini lebih jelas berbanding sebelum ini, kami kemudiannya ingin memberikan ketenangan fikiran kepada peminat dan pelanggan kami yang bersemangat dengan memperuntukkan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif untuk mereka.” kata Johnny Liew, Pengurus Besar Azure Telecommunication Sdn Bhd.


“Menyedari akan permintaan untuk inovasi kami, DJl komited untuk melengkapkan pengguna dengan pengetahuan penting itu bagi memastikan fungsi teras dron kami dimaksimumkan; sama ada untuk hobi atau tujuan misi menyelamat. Kami akan terus berinovasi untuk menyampaikan produk berkualiti tinggi dan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memastikan kepuasan pelanggan sambil mengesahkan kedudukan kami sebagai jenama dron awam dan fotografi udara terlaris di negara ini.” Johnny Liew menambah.


Bersempena dengan pembukaan tersebut , DJI turut menawarkan promosi harga istimewa kepada pelanggan mereka :


- DJI Tello: RM399 (Harga asal RM499)

- DJI OM4: RM379 (Harga asal RM459)

- DJI Mini SE: RM1,199 (Harga asal RM1,349)

- Kombo DJI FPV: RM4,299 (Harga asal RM5,299)

- Beg Bahu DJI Mavic 3 4: RM9,999


Kredit foto : FB/DJI Malaysia


Selain itu, pelanggan sedia ada juga boleh menyertai Kempen Perkhidmatan DJl, bermula dari 10 Januari hingga 28 Februari 2022. Kempen Perkhidmatan DJI menawarkan perkhidmatan semakan produk dan kemas kini perisian tegar secara percuma, diskaun 10 peratus untuk penggantian bateri dan potongan 50 peratus untuk penggantian kipas untuk model terpilih. .


Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan selepas jualan produk dan perkhidmatan DJI atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk DJI secara dekat, pelanggan boleh datang ke Pusat Servis dan Premium Store DJI Experience, yang terletak di Lot LG 343A, Pusat Beli-belah One Utama atau menerusi Setor Rasmi DJI di platform Shopee Mall dan LazMall.



0 comments
bottom of page