top of page
  • Writer's pictureMYB

Drama SERPIHAN SAYANG Hiasi Slot Samarinda TV3

Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis. Mampukah Nadia sembuh untuk terus jalani kehidupannya secara normal?



Drama bersiri 15 episod terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini merupakan kisah yang bergenre seram psikologi. Serpihan Sayang bakal menemui penonton di TV3 menerusi slot Samarinda mulai 22 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Penonton juga boleh menonton drama ini di platform penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.



Drama ini diarahkan oleh Amor Rizan dan penghasilan skrip oleh Saiqa Auriza dan Amor Rizan. Serpihan Sayang bakal mempamerkan barisan pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Syed Irfan dan ramai lagi.


Nadia (Fasha Sandha) dan adiknya, Alisa (Elisya Sandha) tinggal bersama suami Nadia, Syakir (Shahz Jaszle). Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina (Zarina Zainoordin) yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka.


Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu.


Selepas 20 tahun terpisah, Imran (Aeril Zafrel), abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Serpihan Sayang menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.


Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas siaran.


Comments


bottom of page