Enam Ribu Serius Nak Ubah Hidup
top of page
  • Writer's pictureMYB

Enam Ribu Serius Nak Ubah Hidup

Program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023) anjuran jenama mentorship usahawan No. 1 negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya menarik minat 6,000 orang menyertai program yang berlangsung selama tiga hari di Setia City Convention Centre, bermula dari 4 hingga 6 Februari lalu.


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, program tiga hari itu merupakan inisiatif Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd

“Hari pertama Nak Ubah Hidup (NUH) menyaksikan sekitar 6,000 orang datang dengan penuh impian dan pengharapan.


“Kami jangkakan jumlah ini akan bertambah pada petang ini dan hari kedua nanti. Penganjuran program ini sangat signifikan kerana RichWorks mahu peserta-peserta sedar potensi diri ini meskipun cabaran di luar seperti kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat.


Cabaran ini semakin berganda akibat faktor luaran manakala faktor dalaman ekonomi membuatkan ramai orang terhimpit dengan pelbagai masalah,” jelasnya.



Cabaran-cabaran ini membuatkan Dr. Azizan dan RichWorks beriltizam untuk berterusan memberi sokongan dan bantuan berdasarkan kemampuan yang dimiliki.


“RichWorks mempunyai sistem mentorship paling berstruktur sehingga berjaya melahirkan ribuan orang yang berjaya berubah bukan sahaja terhadap bisnes masing-masing malah terhadap kehidupan mereka,” kata Radz.


Tambah Radz, peserta-peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.

 

“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008.


"Usahawan di bawah bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya merekodkan jualan terkumpul sebanyak RM3.9 bilion sepanjang tempoh 2022.


"Matlamat beliau adalah untuk membantu usahawan mencapai matlamat peribadi dan perniagaan dengan lebih pantas dan mudah daripada yang dibayangkan," jelas Radz

 

GALERI

Norman Hakim , Tya Ariffin dan Nana Mahzin antara usahawan selebriti yang hadir ke program NUH 2023 minggu lalu. Seramai 6,000 peserta hadir ke program Nak Ubah Hidup 2023 anjuran jenama mentorship usahawan No. 1 negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).


RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, tambah Radz.


Terdahulu, RichWorks dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan.


RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.


“Peserta-peserta yang hadir mulai hari ini tiba dari seluruh pelosok negara malah ada yang datang dari Indonesia dan Singapura. Sudah tentu kami ada sesuatu yang istimewa. Kami ingin menyatakan, RichWorks sentiasa ada bersama anda (RichWorks got your back) dalam apa keadaan cabaran ekonomi sekali pun kerana di sini lahirnya usahawan jutawan,” katanya.

bottom of page