Fabulove Sisters Empire Perkukuh Jenama Kyut Skin Dengan Pelancaran Dua Produk Terbaharu
top of page
  • Writer's pictureMYB

Fabulove Sisters Empire Perkukuh Jenama Kyut Skin Dengan Pelancaran Dua Produk Terbaharu

Fabulove Sisters Empire meraikan pelancaran Kyut Skin, jenama terbaru produk penjagaan kulit keluaran mereka dalam sebuah majlis yang telah berlangsung semalam berserta dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Wisma Nini Comel, Taman Ampang Utama.


Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah bersama ibu sewaktu pelancaran dua produk terbaru Kyut Skin Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser

Acara pelancaran tersebut juga menjadi tempat pertemuan lebih kurang 150 pakar kecantikan, pempengaruh media sosial, selebriti tempatan, media dan tetamu istimewa yang berkumpul untuk menyaksikan kelahiran sebuah jenama bumiputera dalam industri penjagaan kecantikan tempatan. Majlis yang diadakan di ruang pameran terbaharu milik syarikat itu telah memberikan para hadirin telah pengalaman eksklusif mencuba dan menyaksikan sendiri rangkaian produk Kyut Skin semasa pelancaran.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.


“Di Kyut Skin, kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi, dan penuh dengan manfaat yang akan memberikan impak positif kepada kulit anda,” ujar Fathini yang turut memperkenalkan kepada hadirin empat produk Kyut Skin yang kini boleh didapati di pasaran antaranya Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.


Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser merupakan dua produk terbaru di bawah jenama Kyut Skin yang dilancarkan semalam.


Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, berkata, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.


Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya. Dalam bulan pertamanya, jenama ini menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023.


Stik Pelindung Matahari Kyut Skin berjaya merangkul Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider baru-baru ini.

Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif, telah memperkenalkan Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit yang mudah digunakan, berkesan, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.


Produk Kyut Skin kini boleh didapati untuk melalui laman sesawang rasmi mereka di www.kyutskin.com, atau di platform dagang dalam talian Shopee dan TikTok Shop, selain di cawangan pengedar yang diiktiraf seperti The Pastel Shop, United Care Pharmacy, dan Valent Skin. Orang ramai yang berminat juga boleh menerokai rangkaian produk jenama ini di ruang pameran mereka di Ampang.


Produk-produk Kyut Skin boleh didapati dengan harga berpatutan bermula RM15 hingga RM79.90, dan merangkumi empat jenis produk yang berbeza. Pelancaran Kyut Skin telah menetapkan piawaian baru dalam industri kecantikan, menunjukkan komitmen mereka dalam mencipta produk penjagaan kulit yang luar biasa yang memperkasa pengguna untuk merangkul kecantikan unik mereka.


Sempena pelancaran dan kemunculannya dalam industri penjagaan kulit di negara ini, Kyut Skin juga menawarkan peluang untuk orang ramai menyertai keluarga Kyut Skin dan memulakan kerjaya keusahawanan, dengan memperkenalkan program permulaan (program penjual semula) jenama itu.

bottom of page