• MYB

Hanis Zalikha Terima Lantikan Sebagai Duta Innersejuk Dengan Potensi Kontrak Bernilai USD1 Juta

Innersejuk, jenama pakaian muslimah meliputi pakaian riadah, sukan dan aktif telah mengumumkan Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut semalam.


Beliau yang merupakan seorang usahawan wanita terkenal di Malaysia dan dikenali sebagai Ikon Modest Fashion bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta (Ringgit Malaysia 4.2 Juta).


Dengan perlantikan tersebut meletakkan Hanis Zalikha sebagai pempengaruh selebriti muslim pertama yang menerima bayaran tertinggi setakat ini.


Hanis Zalikha bersama Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk (tengah) selepas pengumuman perlatikan beliau sebagai duta rasmi jenama tersebut semalam di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk. Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk.


"Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,” kata Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk.


Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru. Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.


Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa. Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.


Telekung Suqainah


“Suqainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,” kata Hanis Zalikha.


Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.

Video kempen Telekung Suqainah


LATAR BELAKANG INNERSEJUK

INNERSEJUK merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi 'modest sports', 'lifestyle ready-to-wear', pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini.


Pada tahun 2017, Innersejuk menyedari kekurangan dalam pasaran 'modest fashion' dan memutuskan untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang lebih baik.


Selepas melakukan penyelidikan intensif selama beberapa tahun, Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®- fabrik yang sejuk dan anti-mikrob, yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai 'lifestyle wear'.


Hari ini, Innersejuk telah berkembang dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang menekankan elemen modest fesyen untuk wanita melalui penggunaan fabrik yang inovatif, reka bentuk moden dan harga pasaran yang kompetitif.


0 comments