"Isu Bayaran Khidmat Azwan Ali Dalam Program MIC ON! Selesai" - Dato' Adam Ilyas
top of page
  • Writer's pictureMYB

"Isu Bayaran Khidmat Azwan Ali Dalam Program MIC ON! Selesai" - Dato' Adam Ilyas

Isu pengguguran pengacara Azwan Ali dari pada program hiburan realiti MIC ON! serta tuntutan beliau berhubung bayaran atas khidmat beliau telah dianggap selesai oleh pihak Awesome TV.


Menurut kenyataan terbaru daripada Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato' Adam Ilyas , pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan tersebut kerana surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau serta bayaran penuh khidmat pengacara itu telahpun dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan.


Dato' Adam Ilyas, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.


"Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program MIC ON!, pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan tersebut kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu telahpun dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun beliau cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh 6 minggu sahaja.


"Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi." - Dato' Adam Ilyas


MIC ON!
Siapa bakal pengacara yang akan bergandingan Issey Fazlisham?

Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham, bagi memeriahkan lagi konsert mingguan MIC ON! Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini. MIC ON! bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112.

bottom of page