top of page

KAMISEMPOI MAHU LEBARKAN EMPAYAR DI PERINGKAT ASIA

  • Writer: MYB
    MYB
  • 18 minit lalu
  • 4 min membaca

Masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KAMISEMPOI INTERNATIONAL AGENCY (KSIA) terus komited dalam usaha melahirkan live host berkaliber di rantau ini. 


Salah satunya adalah meneruskan usaha menganjurkan KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2024 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan rakan niaga mereka yang selama ini  telah sama-sama bekerja keras membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh di peringkat global. 


KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2024 pada tahun ini akan diadakan di Galaxy Banquet Hall, Sentul Kuala Lumpur pada 12 Mei ini bermula jam 8.00 malam beserta dengan acara karpet merah. 



Pada tahun ini, jumlah kategori yang dipertandingkan telah meningkat dengan begitu ketara. Pada tahun lalu, sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada rakan niaga KSIA, manakala 15 kategori untuk live host.


Namun pada tahun ini, sebanyak 12 kategori dipertandingkan untuk rakan niaga, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).


Bahkan, tiga anugerah baharu iaitu Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024 turut diperkenalkan pada tahun ini yang mana salah seorang daripada pemenang akan merebut gelaran Top Host KamiSempoi of The Year 2024. 


Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, peningkatan jumlah kategori dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 ini membuktikan bahawa jenama KSIA sebagai syarikat agensi TikTok di rantau Asia Tenggara ini semakin dipercayai. 


“Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (malaysia) dan 9 (indonesia) rakan niaga secara keseluruhan. 


“Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA. 

“Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024 diperkenalkan bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang  berjaya dan berkaliber. 


Menurut Pakcik Chin Swee lagi, acara KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2024 ini penting untuk diadakan kerana ia juga adalah salah satu usaha KSIA untuk meraikan pelbagai pencapaian yang diraih sepanjang tahun lalu. 


“Antaranya adalah kejayaan Adelyn Heng sebagai live host TikTok yang telah meraih kedudukan sebagai Top 3 di Asia Tenggara serta Top 100 di dunia. Melalui kedudukan yang diraihnya itu, Adelyn juga sudah pernah diundang untuk menghadiri acara TikTok di negara luar bagi mewakili Malaysia. 


“Bahkan kita juga ingin meraikan pencapaian tiga rakan niaga iaitu BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent yang berjaya meraih jumlah peroleh pendapatan diamond yang tinggi sepanjang tahun lalu. 


“Jumlah peroleh pendapatan diamond yang diraih BossKlan pada tahun lalu adalah sebanyak USD73,000 ribu (RM 309,372.41 ribu), KSIA Christ USD68,000 ribu (RM 288,182.52 ribu) serta Mentol Talent USD16,000 ribu (RM 67,807.65 ribu),” katanya. 


KSIA Umum Perancangan Label Muzik, Lagu “KamiSempoi” Sebagai Tanda Permulaan.

KSIA bakal melancarkan label muzik rasmi mereka pada pertengahan tahun ini, menandakan fasa baharu dalam usaha memperluaskan pengaruh dan potensi bakat live host di bawah naungan KamiSempoi. Sebagai pembuka tirai kepada perjalanan ini, KSIA menjalin kolaborasi istimewa bersama Miaw Music bagi menerbitkan lagu bertajuk “KamiSempoi”, hasil ciptaan oleh ahli pengurusan KamiSempoi sendiri, iaitu Kimchi Kacak. Lagu ini bakal dipersembahkan buat pertama kali oleh Bulan Asyraff dalam acara berprestij KamiSempoi Golden Award 2024.


Pemilihan Bulan Asyraff sebagai penyanyi utama bukan sesuatu yang kebetulan. Beliau merupakan live host aktif di bawah KSIA yang memiliki latar belakang menarik – memulakan kariernya sebagai busker jalanan sebelum bakatnya ditemui oleh pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee, yang kemudian melamarnya untuk menjadi live host di bawah Agensi TikTok KamiSempoi International Agency.


Bakat dan kerja keras Bulan Asyraff seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada beliau apabila KSIA menghantarnya sebagai wakil menyertai program realiti nyanyian GIMME THE MIC, satu kolaborasi antara TikTok dan Astro. Keputusan itu membuahkan hasil apabila Bulan Asyraff berjaya melangkah ke pentas akhir dan muncul sebagai Top 2 dalam The Six, sekaligus melonjakkan namanya dalam radar industri dunia hiburan digital dan arus perdana.


“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa. Kini, beliau bukan sahaja menjadi finalist program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara Jiran khususnya Indonesia,” ujar Pakcik Chin Swee.


Tambah beliau lagi, “Penubuhan label muzik ini membuktikan komitmen jangka panjang kami dalam mencungkil dan membentuk bakat-bakat baharu. Fokus kami adalah kepada live host di bawah naungan KSIA atau rakan niaga rasmi yang menunjukkan potensi dalam bidang seni suara.


Foto dari kiri Bulan Asyraff, Pak Cik Chin Swee, Riezman Khuzaimi, Adelyn Heng, ditemui pada sidang media KamiSempoi di Kuala Lumpur
Foto dari kiri Bulan Asyraff, Pak Cik Chin Swee, Riezman Khuzaimi, Adelyn Heng, ditemui pada sidang media KamiSempoi di Kuala Lumpur

Perancangan KSIA yang lain

Dengan reputasi dan pencapaian yang diraih KSIA, Pakcik Chin Swee berkata semakin ramai yang berminat untuk menjadi live host naungan mereka. 


“Kami menerima permintaan paling banyak di Sabah. Oleh itu, kami sedang dalam perancangan untuk membuka pejabat KSIA di sana yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dari Borneo iaitu Sabah serta Sarawak. 


“Selain itu, kami juga mahu terus mengukuhkan empayar KSIA di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang,” katanya. 


Comments


bottom of page