Koperasi Wanita Malaysia Berhad Dilancar, Bank Koperasi Wanita Bakal Ditubuhkan
top of page
  • Writer's pictureMYB

Koperasi Wanita Malaysia Berhad Dilancar, Bank Koperasi Wanita Bakal Ditubuhkan

Updated: Mar 27, 2022

Wanita acap kali dilihat sebagai seorang ibu, isteri semata-mata, kini tidak lagi kerana wanita telah diangkat martabatnya sebagai seorang individu yang berkebolehan melakukan sesuatu yang luar biasa.


Baru-baru ini pada 23 Mac 2022, Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) telah dilancarkan dan terus memikirkan perjuangan ke hadapan bagi merealisasikan untuk menubuhkan Bank Koperasi Wanita pertama di Malaysia.


Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WCB , YBhg. Datin Norli Alias berkata,


'...Saya sebagai wakil WCB bersepakat menjunjung cita-cita 15.9 juta wanita didalam negara memohon agar kerajaan memberikan lebih perhatian terhadap pembangunan ekonomi dan kelestarian ekonomi kaum wanita dalam menjadikan Malaysia sebuah negara usahawan yang berjaya dan berdaya saing..'


Ketika ucapan beliau menambah,


'...Koperasi ini memang masih terlalu muda. Namun, dengan pengalaman luas yang dibawa oleh setiap ahli Lembaga Pengarah Koperasi ini, serta hala tuju dan aspirasi WCB yang amat jelas, sejajar dengan visi kami, iaitu menjadi sebuah koperasi kredit yang memperjuangkan kemampanan perniagaan untuk kaum wanita, dan mempromosikan koperasi sebagai gaya hidup serta bertindak sebagai pemangkin ekonomi Wanita Malaysia...'


'Objektif WCB adalah untuk memperkasakan Wanita Malaysia dengan berteraskan lima aktiviti utama WCB iaitu melalui Makro Kredit, Ar RahNita, Jual Beli Emas, Perkhidmatan Pembekalan creative dan effisyen, Aktiviti Pembangunan Keusahawanan Tempatan dan Antarabangsa..'


Ujar beliau lagi semasa hari perasmian WCB di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.



Majlis perasmian WCB telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Omar. Turut hadir Yang Berbahagia Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat dan Yang Berbahagia Tuan Hj Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


Ahli Lembaga Koperasi ini terdiri daripada enam (6) orang wanita hebat yang mempunyai latar belakang dan pengetahuan yang kukuh dalam pelbagai sektor dan pemain dalam industri keusahawanan iaitu:

  1. YBhg Dato' Faridah Jabar- Yang DiPertua Usahanita

  2. YBhg, Puan Hajjah Norhayati Abdul Rahman - Presiden Wawasanita

  3. YBhg. Dato' Normala Kahar - Pengerusi Yayasan Wanita Malaysia

  4. YBhg. Dato' Nazilah Idris- Pengerus MCED

  5. YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi

  6. YBhg. Datin Norzihan Latt

Turut berlangsung pada hari yang sama pelbagai jualan makanan atau barangan yang dijual oleh usahawan wanita. Senada sokongan daripada inkubator Wanita Berjaya SRCC Publicity turut membantu bagi meraih lebih ramai wanita menjadi ahli koperasi melalui Program Fiesta Lestari mereka.


Kriteria untuk menyertai WCB ialah ahli mesti berumur 18 tahun ke atas, ahli koperasi mestilah membuat caruman bulanan. Sebarang info lanjut boleh ke laman sesawang www.wcbmalaysia.com .


















bottom of page