top of page

ABKL Experience 2025: Revolusi Komuniti Digital & 'Roleplay' Malaysia ke Peringkat Serantau

  • Writer: MYB
    MYB
  • 26 minit lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Landskap digital dan e-sukan negara melakar sejarah baharu apabila Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) menganjurkan acara berskala besar, ABKL Experience 2025, bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Acara ini bukan sekadar perhimpunan biasa, tetapi merupakan platform rasmi yang memperkenalkan ekosistem komuniti digital dan roleplay bertaraf serantau yang pertama seumpamanya di Malaysia.


ABKL Experience 2025: Revolusi Komuniti Digital & 'Roleplay' Malaysia ke Peringkat Serantau

Dihadiri oleh lebih 1,000 komuniti yang terdiri daripada pemain tegar, penstrim (streamer), pembangun sistem, serta pempengaruh, acara ini turut menarik minat pemerhati industri dari negara jiran, sekaligus meletakkan ABKL sebagai pemain utama di rantau ini. Apa yang lebih membanggakan, ABKL Experience 2025 turut mencatatkan sejarah sebagai penganjur pertama Expo & Pre-Tournament GTAV FiveM di negara ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir atau lebih dikenali sebagai MelRomeo, acara ini bertujuan mempamerkan potensi sebenar dunia roleplay tempatan yang merangkumi teknologi pelayan, penciptaan kandungan, serta peluang kerjaya dalam ekonomi digital.


“Pertandingan yang kami anjurkan tampil dengan konsep roleplay kompetitif, berbeza daripada e-sukan tradisional. Di sini, kreativiti, strategi, kerjasama pasukan dan penceritaan menjadi elemen utama penilaian. Ini adalah satu bentuk pertandingan baharu dalam landskap permainan tempatan,” jelas Muzammil.
ABKL Experience 2025: Revolusi Komuniti Digital & 'Roleplay' Malaysia ke Peringkat Serantau

ABKL turut memperkukuhkan jenamanya melalui kolaborasi strategik dengan ikon-ikon berpengaruh. Bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, dan pempengaruh e-sukan terkenal, Daddyhood, kekal sebagai ikon rasmi yang berperanan sebagai jambatan antara komuniti dan industri. Manakala ahli kumpulan rap popular K-Clique, Somean dan Gnello, dilantik sebagai kolaborator kreatif yang menyuntik elemen muzik dan gaya hidup ke dalam ekosistem Adik Beradik Role Play (ABRP).


Peminat juga boleh melihat sisi berbeza selebriti ini dalam dunia maya ABRP melalui watak unik mereka: Hafizh Syahrin sebagai 'Yaka Leng', Daddyhood sebagai 'Joe Rimau', Somean sebagai 'Boy K', dan Gnello sebagai 'G-Star'. Ketua IT ABKL, Mohd Hilmi Azli (Keiroy), menegaskan bahawa mereka bukan sekadar wajah promosi, tetapi pemain aktif yang turut menyumbang idea dalam pembangunan komuniti.


ABKL Experience 2025: Revolusi Komuniti Digital & 'Roleplay' Malaysia ke Peringkat Serantau


Acara hari ini turut menjadi pentas pelancaran bagi pelan strategik ABKL bagi tahun 2026. Antara perancangan menarik termasuklah pengembangan sistem ABRP ke skala lebih besar, penganjuran acara fizikal dan digital secara berkala, serta pelancaran ABShoot—sebuah platform pelayan khas untuk menyokong penstrim dan pencipta kandungan.


Fokus utama ABKL adalah untuk mengangkat jenama komuniti digital Malaysia agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa, sambil melahirkan anak muda yang kreatif dan profesional. Kemeriahan acara turut diserikan dengan AB Allstar Tournament dan Annual Dinner yang dihadiri bintang-bintang seperti Jaa Suzuran, Haris Alif, dan Master Ramen.



bottom of page