Majlis Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) Bakal Berlansung November 2023
top of page
  • Writer's pictureMYB

Majlis Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) Bakal Berlansung November 2023

Majalah Entrepreneur Insight terbitan Armani Media Group Berhad, bakal menganjurkan majlis anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) buat kali kelapan dalam memberi pengiktarafan kepada usahawan muda yang paling berpengaruh.


Anugerah ini mengiktiraf usahawan muda di negara ini yang berani, kreatif dan inovatif yang menjadi piawaian semangat keusahawanan Malaysia dalam pelbagai bidang dan industri yang mereka ceburi.


Majlis penganugerahan itu dijadual akan berlansung di Shangri-La Kuala Lumpur pada November ini, bertemakan ‘Black Tie’.


Idea untuk mengadakan 100MIYE ini bermula dengan kejayaan majalah keusahawan iaitu Entrepreneurial Insight yang kini merupakan majalah keusahawanan terlaris nombor satu di Malaysia.


Untuk rekod, terdapat kira-kira 3.2 juta pengusaha kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. Daripada jumlah ini, hanya 100 usahawan akan dipilih untuk diberikan pengiktiran atas usaha mereka selama bergelar usahawan muda berjaya. Ini bermakna hanya terdapat 0.03% daripada majoriti komuniti usahawan yang bakal dipilih.


Setiap tahun penganjur menerima lebih daripada 1,000 penyertaan untuk 100MIYE dan hanya memilih yang terbaik. Inilah antara sebab mengapa Anugerah 100 MIYE menjadi majlis anugerah berprestij di kalangan usahawan dan SME adalah tulang belakang ekonomi Malaysia.


Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK Chua

Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK Chua berkata, memiliki kecemerlangan keperibadian dalam merintis usaha mereka dan melakukan usaha yang luar biasa, membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menggantikan kerja keras melainkan ketabahan serta sedikit kepintaran untuk mencapai kedudukan yang dikecapi mereka pada hari ini.


Bagaimanapun untuk anugerah tahun ini, Datuk KK Chua berkata, penganjur mahu meletakkan 100MIYE pada tahap yang lebih tinggi iaitu dengan menaik taraf kejayaan yang lebih berganda merangkumi kemahiran dan gaya pemikiran usahawan.


“Bagi membantu usahawan menuju ke arah itu, kami akan mengadakan konvensyen usahawan Bumiputera untuk menggandakan lagi kejayaan perniagaan mereka.


“Kami juga mahu menjadikan mereka komuniti yang saling membantu menerusi rangkaian hubungan (networking) masing-masing dengan bertukar pendapat bagi melahirkan idea baru,” katanya.


Datuk KK Chua berkata, sejak 100MIYE diadakan pada tahun 2016, anugerah itu tidak pernah gagal meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi ketua, pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja.


“Semua kriteria yang disebutkan itu perlu ada dalam diri setiap usahawan kerana kejayaan itu bukan semata-mata berpaksi kepada dirinya sendiri tetapi sokongan daripada orang disekelilingnya.


“Mereka juga pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan,” katanya.

 

KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE


  • Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.

  • Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.

  • Berada di dalam pengurusan syarikat minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

  • Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.



Sepanjang penganjuran lapan edisi Anugerah 100 MIYE, penganjur telah berjaya memupuk hubungan dan persahabatan yang sangat baik di kalangan usahawan.


Secara tidak langsung, ia membuktikan Anugerah 100 MIYE bukan hanya satu pengiktirafan kepada usahawan tetapi lebih daripada itu kerana ia turut menyediakan platform dan jaringan perhubungan bagi membantu membina hubungan yang kukuh dalam masyarakat perniagaan.



bottom of page